Get Mystery Box with random crypto!

Kalau bahagia itu kita ukur dengan adanya orang yang kita saya | Coffee Dakwah☕️

Kalau bahagia itu kita ukur dengan adanya orang yang kita sayang di samping kita, maka kebahagiaan itu akan berakhir.

Tapi, andai kita ukur bahagia kita dengan meletakkan Tuhan sebagai utama, yakin dan percayalah bahawa Dialah sumber kebahagiaan, In Sha Allah, bahagia yang kita harapkan akan kita perolehi.

Perkara apa pun di atas dunia ini, kalau kita sandarkan pada yang tak mati pasti kita akan rasa tenang dan riang. Tapi kalau kita terus meletakkan pengharapan kita pada perkara yang akan binasa, harapan kita pun akan turut binasa bersama-sama.

Wahai manusia-manusia yang mengaku Islam, cinta itu dicipta oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Dan cinta yang dihadirkan dalam hati kita buat manusia juga adalah ciptaan dari Yang Esa. Ertinya, Dia menciptakan rasa ini agar kita mencintai Dia. Bukan mencintai selain Dia.

Bangunlah daripada kekecewaan. Tuhan masih ada.

:: @CoffeeDakwah