2022-02-15 02:31:59
Belajarlah daripada kitaran susah dan senang, dan pertukaran siang dan malam, dalam kehidupan. Hargailah apa sahaja keadaan yang kita lalui dalam hidup kita.
Ada orang ketika dapat gaji, seronok. Lalu, berbelanja banyak untuk dirinya. Tengah bulan pula, habis duit. Bersusah hati dan sedih. Bersabar dia sehinggalah datang hujung bulan, kemudian dapat gaji semula. Setelah itu, dia bertambah gembira.
Kegembiraan ketika dapat gaji tidak begitu gembira melainkan setelah sebelumnya melalui hari-hari yang sukar. Maka, hargailah detik-detik sukar dalam kehidupan, kerana ianya antara sebab detik-detik yang indah lebih menggembirakan setelah itu. Orang yang sudah kenyang tidak dapat menikmati makanan yang lazat seperti orang yang lapar menikmatinya.
Kemudian, tanda syukur dalam kehidupan kita, ubahlah cara kita hidup, dengan meningkatkan perbelanjaan untuk "(jalan) Allah dan saham akhirat, berbanding untuk diri sendiri dan maslahat duniawi semata-mata. Gunakanlah nikmat untuk hubungan dengan Allah SWT. Hidup ini seluruhnya anugerah, kalau kita pelajari apa yang disampaikan oleh Allah SWT melaluinya, dengan kehambaan diri.
Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
꧁•
@CoffeeDakwah
147 views23:31