Get Mystery Box with random crypto!

Coffee Dakwah☕️

Logo of telegram channel coffeedakwah — Coffee Dakwah☕️ C
Logo of telegram channel coffeedakwah — Coffee Dakwah☕️
Channel address: @coffeedakwah
Categories: Uncategorized
Language: English
Country: Not set
Subscribers: 5.96K
Description from channel

Tinggalkan dosa, jom move on!
Created Since 28092019

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


The latest Messages 7

2022-04-16 23:28:59 Allah tak janji kita akan hidup senang di dunia,
tapi Allah janji yang Dia akan sentiasa bersama kita jika mengharungi semuanya.

:: @CoffeeDakwah
1.2K views20:28
Open / Comment
2022-04-16 04:23:26 Banyak bergaul juga tanda kerasnya hati. Puncanya bila dah banyak ragam manusia kita layan, nak kena jaga hati mereka, reda mereka. Akhir sekali kita tidak berlaku adil.

Sebab itu perlu hadkan dengan siapa kita bergaul, dari segi akhlaknya & agamanya jenis yang macam mana.

:: @CoffeeDakwah
1.2K views01:23
Open / Comment
2022-04-13 00:02:17 Aku telah mempelajari suatu perkara iaitu aku tidak akan percaya dengan seseorang yang menceritakan perihal orang lain kepada diriku.

Kerna suatu hari nanti, pasti orang itu akan menceritakan perihal diriku kepada orang lain.

:: @CoffeeDakwah
1.4K views21:02
Open / Comment
2022-04-12 06:48:29 Saat kamu mendoakan orang lain, maka Malaikat datang mendoakanmu, sesuai apa yang kamu doakan.

(Ustad Adi Hidayat)

:: @CoffeeDakwah
1.3K viewsedited  03:48
Open / Comment
2022-04-12 04:15:28 Tangisan mu lantaran dosa-dosa yang pernah dilakukan adalah penawar untuk mu dari sifat kesombongan

Seorang yang merasa dirinya mulia adalah mereka yang terhijab dengan kekotoran dosanya lantaran kegelapan hatinya.

:: @CoffeeDakwah
1.2K views01:15
Open / Comment
2022-04-12 04:11:33 "Keinginanmu agar orang lain mengetahui keistimewaanmu adalah bukti ketidakjujuranmu dalam menghambakan diri kepada Allah."

[ Al-Imam Asy-Syeikh Ibnu Atha'illah As-Sakandari قدس الله سره ]

:: @CoffeeDakwah
1.1K views01:11
Open / Comment
2022-04-07 07:36:16 Membaca al-Quran sama ada melalui mushaf atau aplikasi digital keduanya dapat pahala bacaan yang sama. 1 huruf, 10 kebaikan.

Cuma, melihat mushaf termasuk ibadah. Maka ada pahala tambahan. Jika ada mushaf al-Quran, utamakan baca guna mushaf.

[al-Azkar 1/90]

:: @CoffeeDakwah
1.4K viewsedited  04:36
Open / Comment
2022-04-07 07:36:11 Antara sunnah Nabi s.a.w ialah segera berbuka sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Kata Nabi:

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.” [Riwayat al-Bukhari]

Segerakan berbuka, lewatkan sahur. Itu sunnah Nabi kita.

:: @CoffeeDakwah
1.2K viewsedited  04:36
Open / Comment
2022-04-07 07:36:06 Kalau sebelum ni susah nak solat Subuh, waktu puasa Ramadan ni lah waktu terbaik nak berlatih, cari tune & vibes solat Subuh tu. Bangun sahur 30 minit sebelum habis waktu, makan kemudian tunggu masuk subuh sekejap then solat. Tak lama pun kawan, 5 minit pun tak sampai. Try okay!

:: @CoffeeDakwah
1.1K viewsedited  04:36
Open / Comment
2022-04-07 07:36:01 Dalam sahur ada keberkatan. Kata Nabi s.a.w:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan.” [Riwayat al-Bukhari]

Sahur adalah waktu mendapatkan tenaga, waktu istighfar dan waktu berdoa. Jangan sia-siakan waktu sahur.

:: @CoffeeDakwah
1.0K viewsedited  04:36
Open / Comment