Get Mystery Box with random crypto!

Dakwah Jari Jemari✍

Logo of telegram channel dakwah_jarijemari — Dakwah Jari Jemari✍ D
Logo of telegram channel dakwah_jarijemari — Dakwah Jari Jemari✍
Channel address: @dakwah_jarijemari
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.58K
Description from channel

Kami hanya menyampaikan apa yang perlu, tidak sehebat ulama'. Cuma insan biasa yang mencari erti kehidupan 💐
❤️ "Dari Jari Sampai Ke Hati" ✍
Semoga jari kami bermanfaat buat anda semua 😊

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages

2022-05-17 20:42:09 Assalamu'alaikum wrt wbt kepada semua subscriber/users yang masih sentiasa menyokong kami

Admin nak maklumkan bahawa channel ini akan ditutup & posting² dakwah dari team kami , u'olls boleh join 2 channel ni ye :

@RisalahCinta
T.me/RisalahCinta

@Jihad_Musafir
T.me/Jihad_Musafir

1.1K viewsedited  17:42
Open / Comment
2022-05-14 01:14:23 "MUHASABAH DIRI".

"Biarlah kita menangis di dunia kerana susah untuk menta'ati perintah Allah daripada kita menangis di akhirat kerana azab mengingkari perintah-Nya."

Wallahua'lam.

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
780 views22:14
Open / Comment
2022-05-13 15:41:45
Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.

Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.

Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.

Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
691 views12:41
Open / Comment
2022-04-17 15:52:17
Takdir Terbaik Dari Allah - Habib Hasan Bin Ismail Al Muhdor

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
917 views12:52
Open / Comment
2022-04-17 15:51:14 GANJARAN BAGI ORANG YANG MEMBERI MAKAN UNTUK BERBUKA.

Daripada Salaman رضى الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda,

“Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah سبحانه وتعالی memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالی akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.”


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
802 views12:51
Open / Comment
2022-04-17 15:50:32 Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ini?

Kadangkala kita berasa diri kita kosong, tanpa ada sebab yang kukuh.

Sehingga kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang kita telah lakukan sebentar tadi sehingga kita terasa sebegitu kosong.

Ini kerana kita belum temui lagi kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar.

Kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu untuk beribadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Apa sahaja yang kita rasa samada bahagia atau sengsara, kuncinya adalah dengan kembali kepada ALLAH.

Akhirnya kita akan temui apa yang kita cari selama ini apabila hati kita diikat pada tali ALLAH.

Kita memerlukan ALLAH dalam hidup kita sedangkan ALLAH tidak memerlukan sesiapa.

Siapa kita tanpa Tuhan yang mencipta?

Di mana kita layaknya jika ALLAH tiada di hati?

Kerana Allah ingin kamu tahu bahwa Hidup itu tidak Hanya duduk di satu tempat tapi akan Ada tempat lain yang akan kamu lalui.

Maka ketahuilah bahwa tak selalu tinta itu berwarna hitam tapi Banyak Warna yang akan mampu Melukis Warna-warni kehidupanmu.

Bersabarlah Dan lakukanlah yang terbaik. Ikhlaskan yang telah berlalu. Jalani yang Kedepan dengan Lebih Baik.

Ingat Asalkan niat "LILLAHITA'ALA"
insya Allah, semua berjalan dengan Baik.


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
692 views12:50
Open / Comment
2022-04-09 08:54:57 "Tidak lah kamu meninggalkan sesuatu kerana takut kepada Allah melainkan Allah akan memberimu yang lebih baik dari apa yg kamu tinggalkan"

( Habib Ali Al Hamid )


•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
655 views05:54
Open / Comment
2022-04-09 08:54:03
Tidak ada sesuatu yang dapat membersihkan kamu lebih baik daripada zikir.

Dan tidak ada sesuatu amalan yang dapat mensucikan kamu lebih baik daripada zikir.

Dan tidak ada amalan yang lebih kuat dalam menghilangkan was-was syaitan melebihi daripada zikir.

Dan tidak ada amalan yang paling kuat untuk mendekatkan kamu dengan Allah, melebihi zikir kepada Allah سبحانه و تعالى

( disunting daripada Kuliah Maghrib bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ) 28032020

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
666 views05:54
Open / Comment
2022-04-04 08:02:23 بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

CARA MINUM RASULULLAH CEGAH KEMAKSIATAN

إنَّك اذا ما اقبلتَ على شَربَةِ مَاء , فقَسِّمْهُ اَثلاَثًا

Sesungguhnya jika engkau saat akan meneguk air minum, maka bagilah dengan tiga kali tegukan.

إشْرَبْ أوّلَ جَُرعَةٍ وقُلْ بِسْمِ اللَّه، واشْرَبْهَا ! ثمَّ انْتَهِ مِنَ الجرعة و قُل الحَمدُ لِلّٰه .
Minumlah pada tegukan pertama dan ucapkan Bismillah lalu minumlah!, kemudian setelah selesai ucapkanlah Alhamdulillah.

واقتَدِ الىَ الجُرعَة الثَّانِيَة وقل بسم الله، وانْتَهِ منها وقل الحمد لله .
Lalu ikuti pada tegukan selanjutnya dan ucapkan Bismillah, dan bila telah selesai dari tegukan kedua ini ucapkan kembali Alhamdulillah.

ثم اخْتِمْ بالثّالثَة و قل بسم الله و اختِمهَا بقولِكَ الحمد لله

Kemudian akhiri pada tegukan yang terakhir dan ucapkan Bismillah, lalu setelah kau minum ucapkan Alhamdulillah.

إِذَا أَخَذْتَ شَرْبَةَ مَاءٍ بهٰذِهِ الطَّرِيقَة الّتِي نُقِلَتْ عَنْ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليهِ وَ سلَّم.. طَالَمَا كَانَ فِي جَوفِكَ ذٰلكَ المَاء فَلمْ تحدّثكَ ذَرّة بمَعْصِيَةِ الله

Jika engkau mempraktekkan saat meminum air dengan cara seperti ini (yang dinukilkan dari cara Rasulullah shollallohu 'alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam), ketahuilah selama air itu ada dalam perutmu maka tak akan terjadi di tubuhmu untuk ada keinginan melakukan maksiat walau hanya sebesar biji dzarroh di hadapan Allah.

يالله بالتوفيق حتى نفيق ونلحق الفريق⁣

Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang sholeh.
Aamiin.

(Ulama Nusantara)

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
725 views05:02
Open / Comment
2022-04-03 11:01:35 Doa Merawat Jiwa

Pepatah ada menyebutkan, langit tidak selalu cerah.

Dalam kehidupan yang kita lalui, pasti perjalanannya penuh dengan liku-liku, berwarna warni. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada di bawah.

Kita tidak setiap masa berada dalam kegembiraan. Kadang-kala kita akan diuji dengan perasaan sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

Perasaan yang pelbagai ini hadir daripada ujian yang ditempuh. Ujian itu adalah sebagai salah satu pengalaman yang perlu diterokai dengan hati yang lapang. Ia bukanlah kesusahan kerana Allah anugerahkan kepada kita sebagai satu ujian.

Justeru, jangan terlampau bersedih dan kecewa. Lihat dari sudut pandang yang positif, hikmah disebalik kejadian dan fikirkan jalan penyelesaian. Cari lah insan-insan yang mampu membantu memberi sokongan, dorongan dan bantuan. Perbanyakkan doa dan berserah segalanya kepada Tuhan.

Lima jenis doa yang boleh diamalkan untuk membantu merawat hati yang sedang dilanda kesedihan.

1. Mohon Permudahkan

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksud: Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu mudah jika Engkau kehendaki dengan kemudahan. (Hadis Riwayat Ibn Hiban, no. 974)

2. Mohon Perlindungan Dari Sifat Sedih, Lemah, Malas, Pengecut, Bakhil, Berhutang dan Penindasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1555)

3. Doa Nabi Yunus AS Ketika Didalam Perut Ikan Paus

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksud: “Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Anbiya, 21:87)

4. Doa Nabi Musa AS Berhadapan Firaun

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ يَفْقَهُوا قَوْلِ

Maksud: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagikut tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha, 20:25-28)

5. Doa Nabi Ibrahim AS Ketika Dicampakkan Ke Dalam Api

حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksud: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” (Surah Al-Imran, 3:173)

Kredit : Ustaz Wadi Anuar

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••

#DariJariSampaiKeHati
  
@Dakwah_JariJemari

•••┈••••○❁ ❁○••••┈•••
493 views08:01
Open / Comment