🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Sedih sungguh baca luahan hati seorang ibu sarat hamil, dahulu | DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

Sedih sungguh baca luahan hati seorang ibu sarat hamil, dahulunya bekerja dan ada gaji sendiri untuk dibelanjakan apa-apa yang teringin, selepas mengandung anak ke-2, berhenti kerja.

Sungguh, rasa sedih beliau mengidam dari awal kehamilan dan sekarang dah sarat baru minta dengan suami nak makan mee kari udang. Tapi suami tak mampu. Dia sedih sebab tak pernah minta apa-apa sepanjang hamil, teringin (mengidam) sangat.

Kadang, kita dah macam pasak dalam minda perempuan surirumah tak boleh goyang kaki kena usaha ada duit sendiri. Tak boleh bergantung pada suami.

Jap.
Jap.

Sebenarnya memang isteri ni kena bergantung nafkah pada suami. Dalam Islam, bukan kewajipan isteri untuk mencari nafkah. Tapi, tidak menjadi kesalahan isteri bekerja membantu kewangan keluarga kalau pekerjaannya tidak menyalahi syarak apatah lagi fardhu kifayah atau fardhu ain.

Bukan perempuan tak boleh bekerja. Boleh. Selagi pekerjaan halal dan tidak buat maksiat.

Tapi, memaksa wanita kena bekerja tu tak boleh.

Ada RAMAI surirumah yang okay sangat duduk rumah, khidmat keluarga tapi ada masa dia rasa kekurangan sedikit berbanding orang lain. Bukan sepanjang masa! Jadi, tak usahlah cakap suruh dia kerja pula sebab seorang surirumah ni memang kerjayanya tak bergaji, tak ada upah, dia khidmat lillahitaala. Surirumah ni kerjaya juga tapi sering dipandang sebelah mata atau dijeling-jeling kerana dianggap tak bermanfaat.

Kadang, ibu-ibu ni okay saja dengan rutin cuma bila orang 'mencucuk' suruh bergaju sendiri, ada duit boleh beli apa sahaja yang nak - dia mula mengukur banyak mana suami beri, banyak mana suami orang lain beri pada isteri mereka yang dia tak ada.

Habis tu, surirumah tak boleh merungut kan, kena redha sebab itu pilihannya.

Tak juga. Kadang, mereka hanya nak meluahkan sahaja emosi tak nak solusi apa-apa pun sebab bukan semua berkemampuan nak mengerah kudrat sehabis mungkin.

Doakan.

Ramai yang mula menghitung-hitung kekurangan bila mana mula melihat kelebihan yang ada pada orang lain.

Ada orang dia redha tiap hari makan nasi berlauk telur. Syukur sangat. Tapi dia mula berkira-kira bila orang lain 'mencucuk'.

Kebaikan seseorang tak mampu nak mengubah hidup orang lain, tapi bercakap yang baik mungkin dapat mengubah hidup seseorang.

.

Kalau dah redha jadi surirumah, kena redha apa sahaja pemberian suami. Tak boleh minta lebih dari kemampuan suami.

Kadang, dengan redha nafkah diberi maka Allah beri rezeki berlipat ganda dari jalan yang tak disangka.

.

"Masa isteri saya bekerja, saving saya tak banyak mana. Bila isteri saya berhenti kerja dan fokus keluarga, saving saya jadi berganda-ganda. Mungkin kerana isteri selalu doakan dan redha dengan nafkah yang diberi."

Gitu kata-kata seseorang suami yang percaya surirumah adalah kerjaya terhormat dan bukan hanya menghabiskan duit suami.

Ummu Amir,
Be kind. Always.
Insyirah soleha

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati