Get Mystery Box with random crypto!

TIPS UNTUK SUAMI FAHAM ISTERI Kalau isteri zikir atau baca Q | DEAR HATI 🌹💕 @DearHati

TIPS UNTUK SUAMI FAHAM ISTERI

Kalau isteri zikir atau baca Quran terlebih kuat macam Qari musabaqah tu sebenarnya nak bagi hint minta suami baca sama..

Kalau isteri beria minta maaf minta ampun panjang panjang tu.. dalam hati harap suami pun balas dengan minta maap juga..

Kalau isteri puji perempuan lain tu, janganlah diiyakan.. terus je jawab.. awak lebih lagi.. lebih comel lebih rajin ke apa..

Sebenarnya biasa isteri buat buat tak sedar tak dengar jam loceng yang riuh sekampung tu.. sebab dia harap suaminya bangun dulu dan kejutkan seluruh keluarga sebagaimana Sunnah Nabi.. itulah lelaki sejati kuat peribadi Tahniah kepada yang berjaya..

Banyak lagi ikutkan..

Satu lah lagi ya, bila isteri cakap, kesian awak dapat isteri macam saya yang banyak kekurangan…

sebenarnya dia harap jawapan balas,

Awak sempurna untuk saya kerana saya juga tidak pernah sempurna…

Hakikatnya, menerima ketidaksempurnaan seikhlasnya itulah sempurna. Kekurangan atau kesilapan tidak akan boleh dielakkan, kerna itu ada tolak ansur dan kemaafan… itulah pengikat kasih sejati

Namun, jangan beri alasan ‘terimalah saya seadanya’ pada sesuatu yang kita boleh ubah jadi lebih baik, terutamanya tentang sikap.. maka, pasangan sangat harap satu ayat keramat..

InsyaAllah saya akan cuba berubah jadi Suami / Isteri yang lebih baik untuk awaks

Dengar je pun dah seronok, kalau betul betul lagi tak terkata, disitu terbitnya harapan..

*Saya berkongsi daripada sebahagian pengamatan pengalaman menjadi perundingcara rumahtangga. Masalah komunikasi antara punca utama keretakan rumahtangga. Luahan wanita disini boleh ambil sebagai panduan bagi yang ingin mengambil manfaat.. Elakkan daripada cenderung menuliskan komen atau luahan yang tanpa sedar buka aib pasangan ya

-ustazah Asma Harun.

Jom join telegram
@DearHati