Get Mystery Box with random crypto!

The James Webb Space Telescope (JWST) iaitu teleskop angkasa g | Dr Wan Fahmi & Dr Nur Annies

The James Webb Space Telescope (JWST) iaitu teleskop angkasa generasi terkini berjaya dilancarkan ke angkasa semalam.

Projek yang memakan masa lebih 25 tahun ini adalah kerjasama dari NASA, ESA (Agensi Angkasa Eropah) dan CSA (Agensi Angkasa Kanada) dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane 5 di Pusat Angkasa Guiana, French Guiana, Amerika Selatan.

JWST ini bakal menggantikan teleskop angkasa yang terkenal sebelum ini iaitu Hubble Space Telescope (HST) yang telah menghasilkan gambar-gambar galaksi, nebula, bintang yang sangat cantik.

JWST masih dalam perjalanan ke posisi untuk teleskop ini berfungsi iaitu kira-kira 1.5 juta kilometer dari Bumi iaitu di titik Lagrange 2 (L2) - ambil masa 30 hari untuk ke sini.

Tidak sabar untuk melihat gambar cerapan yang dibuat oleh JWST ini. Pasti dapat meneroka banyak lagi keindahan alam ciptaan Tuhan di angkasa lepas.

: NASA

#TerokaSains #JWST