🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

“15 Hari Ibarat Satu Penyeksaan” Dunia perbukuan semakin ‘s | NASQAH 🩷

“15 Hari Ibarat Satu Penyeksaan”

Dunia perbukuan semakin ‘sendu’ semenjak wabak COVID-19 melanda di negara kita pada tahun 2020. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang dijadualkan pada 7 Februari 2022 juga ditangguhkan. Peminat tegar buku pasti menunggu acara gemilang ini diadakan secara fizikal. Justeru, penantian yang dinanti-nantikan ini ibarat satu penyeksaan sebelum tirai PBAKL dibuka secara rasminya.

Ini berita baik buat para pencinta buku! Dengan rasminya PBAKL 2022 yang telah ditangguhkan akan berlangsung mulai 3 Jun 2022 hingga 12 Jun 2022. Jadi, hanya berbaki 15 hari lagi sebelum berlangsungnya PBAKL 2022.

Ayuh semua, ajak kenalan anda untuk datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Keberadaan Galeri Ilmu Media Group (GIMG) selaku penerbit buku di Dewan Tun Razak, Aras 4, pastinya akan dimeriahkan dengan pelbagai tawaran istimewa dan acara yang menarik.

Anda semua dijemput untuk hadir memeriahkan suasana sambil membeli-belah buku-buku dengan tawaran terhebat ini, mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jom, lapangkan masa anda bersama keluarga untuk datang ke PWTC! Anda berpeluang bertemu dengan para penulis kesukaan anda. Jumpa anda di sana!