Get Mystery Box with random crypto!

GAYA SIHAT CANTIK 💙 petua tips hack by t.me/GayaSihatCantik

Logo of telegram channel gayasihatcantik — GAYA SIHAT CANTIK 💙 petua tips hack by t.me/GayaSihatCantik G
Logo of telegram channel gayasihatcantik — GAYA SIHAT CANTIK 💙 petua tips hack by t.me/GayaSihatCantik
Channel address: @gayasihatcantik
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 7.92K
Description from channel

"KECANTIKAN memerlukan PENGORBANAN. Takkan tercapai IMPIAN andai MIMPI sekadar HARAPAN."
REVIEW @PaidReviewPentagon_bot
JOM JOIN
@DearHati @LantakAhh
@OhMyQuotes @ResepiDuniaMasakan
@BercakapDenganJin

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages

2022-08-31 22:50:55 Antara Kesan Gangguan Jin Asyik

- Boleh menyebabkan berat jodoh..Sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta. Ada saja halangan untuk berkahwin. Dipinang orang tapi selalu tak jadi, semua ini disebabkan jin asyik berusaha menghalang perkahwinan atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil.

- kerap memarahi dan membenci pasangan

- Kerap mimpi bersetubuh

- Kerap mimpi melahirkan anak

- Selalu bercakap seorang-seorang

- Sering terdapat kesan gigitan di peha terutamanya tidur diwaktu petang (lepas asar)

Benteng Diri Dari Gangguan Jin Asyik

1.Amalkan ayat 21 surah ar-Rum

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

2.Amalkan doa penggerak :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Kredit shamsuri shafie

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik
303 viewsedited  19:50
Open / Comment
2022-08-31 22:50:55 JIN ASYIK

Pernah dengar tak gangguan JIN ASYIK?

Jin asyik ialah jin yang jatuh cinta dengan manusia. Bila jin sudah jatuh cinta dia akan selalu bersama dengan orang itu lebih-lebih lagi waktu orang tu sedang tidur diwaktu petang dan malam. Kadang-kadang ada juga jin asyik yang tinggal di dalam tubuh orang yang dia cinta tu.

Jin asyik adalah antara gangguan jin yang paling bahaya, susah dan ganas. Cuba cinta kita terhalang mesti kita memberontakkan,
macam tu la juga dengan jin. Gangguan jin asyik ni bukan hanya berlaku kepada orang bujang, tapi yang dah berkahwin juga tidak terkecuali. Mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada ada juga yang kena.

Jangan tak tahu Jin juga bernafsu dengan manusia tau..Sebab itu dalam feqh ada dibincangkan hukum manusia berkahwin dengan jin.Kalau kita rujuk kepada perawat-perawat islam banyak kes jin merogol menusia.

Antara Faktor-Faktor Terkena Jin asyik:

1.Tidur Di Waktu Petang

Pernah tak bila anda bangun tidur ada kesan gigitan dipeha?
Siapa yang gigit? kes begini banyak belaku ke atas wanita dan biasanya terjadi bila tidur waktu petang.

2. Suka mandi waktu Maghrib.

Waktu maghrib adalah waktu Jin sedang berkeliaran..Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin,dan waktu pagi kita adalah waktu senja jin..Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya!

Bilik air bukankah tempat yang disukai syaitan(jin kafir)..Sebab itulah elakkanlah dari mandi pada waktu senja.

3. Bertelanjang ketika berseorangan di rumah atau ketika mandi

Bila jin ternampak anda bertelanjang jin akan suka..macam orang jugalah..Bila sekali dia dah tengok dan suka,dia akan datang lagi tengok waktu anda berbogel.Oleh itu bila mandi pakailah kain basahan.

“sesungguhnye ia (jin) dan pengikut-pengikutnye melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka”

(surah Al-A’raf QS 7:27)

4. Bila nak tanggal pakaian dan nak masuk bilir air bacalah isti’azah atau basmalah dahulu

Nabi s.a.w bersabda:

” ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم. إذا دخل أحدهم الخلاء قول: بسم الله “


Penutup antara mata-mata jin dan aurat anak Adam apabila salah seorang dari mereka memasuki bilik air ialah perkataan”bismillah”

(Sahih Al-Jami’ As-Shaghir 1/675)

5. Tidak baca doa sebelum bersama suami-isteri

Ketika nak bersetubuh dengan isteri baca dahulu doa yang pernah Nabi ajarkan,jangan main masuk je..kesan tak baca doa tersebut jin boleh “syok” dengan isteri anda dan jika Allah rezekikan anda mendapat anak hasil dari persetubuahan kemungkinan anak anda nanti akan bermasalah.Perangai macam syaitan..Na’uzubilli min zalik..Semoga Allah merezekikan kita zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..

6. Selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah.

Bagi yang bujang terutamanya wanita kalau boleh usahakanlah untuk tinggal dengan kawan-kawan..jangan menyewa seorang..
277 viewsedited  19:50
Open / Comment
2022-08-27 15:31:00 🇵​🇵​🇪​ LEGENDARY SLOT
~ Pakatan Pentagon Empire ~
           List SABTU


@GayaSihatCantik
TIPS dan PETUA viral masakini.

@DearHati
Diari sekeping hati yang usang.

@ResepiDuniaMasakan
MEDAN resepi SEANTERO dunia, TIPS dapur dan PETUA.

@BercakapDenganJin
kisah SERAM pengalaman tamar dan atuknya.

Telegram.me/KerjaKosongSatuMalaysia
kerja kosong untuk warga kita.

@QuoteTalks
Quote, Motivational, Tips, Lyrics + Song


NOTA : Stay list 24jam

Nak join, start @PPEpromoter_bot
           TERIMA KASIH
540 views12:31
Open / Comment
2022-08-27 03:48:29 Dalam berpantang lebih baik rasa hangat daripada badan rasa sejuk. Bila sejuk badan senang masuk angin. Senang macam macam penyakit masuk.

Saya share cara buat air sedap ni ya.
Buat kudap kudapan dalam pantang.
Minum ni pun kenyang tau. Asik air milo dengan oat je kan, kita buat air sedap ni pulak.
Lepas minum ni kompom korang akan berpeluh & rasa segar.
Kentut kentut & mudah buang air lawas la katakan.

Bahan bahan ni korang p satu tempat je.
Kedai sensei cina tu semua ada.
Kecuali halia muda dengan serai je la kan... hehehe

Korang buat la sukatan lebih sikit macam saya buat.
Boleh minum dalam 2 hingga 3hari, just hangatkan je bila nak minum.

Tak perlu tambah gula. Hanya masukkan semua bahan yang ditunjuk tu je.
Sebab longan ataupun mata kucing kering da manis.
Lo han kuo pun rasanya manis. Manis buah la...

Kalau korang tak cukup bahan macam saya buat tu. Korang just guna

Kurma merah
Mata kucing / longan kering
Halia muda
Serai
Lo han kuo

5 bahan ni pun dah ok.

Saya suka tambah BERI GOJI kering tu untuk penjagaan mata. Memang bagus untuk terangkan mata.

Kalau korang tanya dekat kedai sensei apa yang bagus untuk mata?

Automatik dia tunjuk buah beri goji. Tapi dia panggil buah ni lain. Saya pun tak ingat apa nama cina dia.
Buah ni la yang terbaik untuk mereka yang rabun selain amalkan lobak merah.

Kenapa saya masukkan KURMA MERAH & kurma hitam? Khasiat kurma merah & kurma hitam sama. Boleh menambah darah & jadikan wajah kita cantik nampak bermaya.
Tak lah nampak pucat je kan.

Buah LONGAN atau mata kucing kering memang bagus untuk menghangatkan badan. Lebih lebih lagi bagi ibu yang baru melahirkan.

Korang guna HALIA MUDA tau.. fresh sangat baunya berbanding halia tua.
Halia muda ni bila kita masak lagi sedap rasanya. Panas pedas rasanya.
Halia muda ni pun boleh detox badan kita tau. Buang angin & buang toksin. Boleh kurus jugak tau..
Lawas sangat!

Tak kurang hebatnya juga dengan SERAI. Serai ni banyak manfaat rupanya, ada depan mata senang je nak dapatkan. Serai boleh wangikan badan kita. Detox badan & buang angin. Elok juga diamalkan bagi mereka yg diabetis.
Boleh turunkan berat badan jugak rupanya.
Korang try la google kebaikkan serai.

LO HAN KUO ni special, tak mahal pun benda ni. Sebenarnya nilah kundur dalam bentuk gula.
Banyak manfaatnya tau.
Korang kena cari Lo hankuo ni.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik
504 viewsedited  00:48
Open / Comment
2022-08-27 03:48:17
376 views00:48
Open / Comment
2022-08-27 02:31:30 INGATAN KEPADA PARA ISTERI

Ini ingatan kepada para isteri di luar sana. Baca dengan tenang dan fahamkan satu-satu. Aku minta tolong ambil ikhtibar dan pedoman. Perjalanan kita bukan hanya 10km.

1. Bakat menyusun beg dalam bonet kereta ini mmg ada pada lelaki selain dari kuderat lelaki lebih banyak dari kalian. Maklumlah, barang yang awak packing tu macam nak pencen pindah ke kampung terus.

2. Kami para lelaki mencongak-congak beg apa nak dimasukkan dulu, yang mana nak diletak di kiri, di kanan biar beratnya seimbang.

3. Selain tu, kalian jangan sibuk nak bawa kasut baru dalam kotak. Kotak kasut tu semua akan makan ruang. Masukkan je kasut baru dalam plastik. Jangan risau, orang semua tahu tu kasut baru. Kan tag pada kasut tu memang kena buka pagi raya.

4. Kami para lelaki tak pernah pun menolak semua barang yang nak dibawa balik. Kami akan cuba sehabis baik untuk susun satu persatu waima pasu bunga pun kami selit elok-elok.

5. Kami akan pastikan kek dan makanan yang lembut tak terpenyek ditimpa barang. Muruku tak akan hancur dan kuih bangkit tak jadi serbuk. Jangan dirisaukan.

6. Dan lagi satu kami sedaya upaya tak mau letak barang dalam ruang kereta, nanti tak selesa dalam perjalanan.

Ingat pesan ini kawan perempuan ibu-ibu semua, janganlah sesekali kalian berani-berani katakan hal ini apabila semuanya dah cantik tersusun,

"Pa, cuba bawa keluar beg merah bawah tu, ada barang nak kena ambil lah".

Nescaya, jika kalian bukan isteri lelaki seperti kami, sudah dihempas pasu yang tersusun rapi tadi.. tapi nak buat macamana, kena keluarkan juga. Dahlah beg tu yang paling bawah sekali.

Kami akan terus ulangi proses ini sekali lagi. Namun begitu, kami tetap menyayangi kalian seadanya.

Inilah bukti betapa sabarnya hati seorang lelaki yang bergelar suami walau sekejap lagi kalian berdengkur sepanjang perjalanan...

Sumber : Fairus Mohd Tabiee

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik
385 views23:31
Open / Comment
2022-08-26 11:15:02 PPE TAIKO LIST Jumaat
Be my guests. Just click and join.
=========================


''aku TAK PEDULI apa yang orang cakap.''
~ @LantakAhh

''English QUOTES only.''
~ @OhMyQuotes

''kisah SERAM tamar jalis bersama atuknya.''
~ @BercakapDenganJin

''TIPS dan pelbagai PETUA.''
~ @GayaSihatCantik

"Segala jenis LAWAK yang menghiburkan.''
~ @GifLawak

"Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO."
~ @quotephotovideo

all tumblr wallpaper is here
~ @fwallpapers


NOTA : Stay list 24jam

=========================
provided by @PPEpromoter_bot
387 views08:15
Open / Comment
2022-08-26 02:05:11 10 KHASIAT BENDI UNTUK TUBUH BADAN 


1. BAIK UNTUK KESIHATAN TULANG

Menurut perkongsian dari KKM, bendi mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin K yang terdapat dalam bendi juga berperanan dalam mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis menjelang usia semakin tua.


2. MEMBANTU PROSES PEMBEKUAN DARAH

Individu yang sering mengalami masalah gusi atau hidung berdarah mungkin mempunyai komposisi darah yang cair sehingga menyebabkan proses pembekuan darah terganggu.
Selain mengekalkan kekuatan tulang, vitamin K dalam bendi juga berperanan dalam menggalakkan pembekuan darah dengan berkesan.


3. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN

Di samping vitamin K, bendi juga diperkaya dengan vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem imuniti badan.
Ia bertindak dengan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih bagi melawan patogen dan jangkitan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.


4. MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati pesakit yang mengamalkan pengambilan bendi setiap hari menunjukkan pengurangan tanda-tanda kerosakan buah pinggang secara berkesan.


5. MENINGKATKAN KESIHATAN MATA

Sayur bendi juga dapat meningkatkan kesihatan penglihatan dengan khasiat vitamin A yang cukup tinggi. Ia juga diperkaya dengan khasiat antioksida penting dalam mengurangkan risiko penyakit mata seperti beta karotene, lutein dan zeaxanthin.


6. BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Secawan bendi mampu membekalkan sehingga 15% khasiat folat harian. Ini menjadikan bendi sayur yang sangat baik diamalkan untuk ibu mengandung.
Seperti yang kita tahu, folat berperanan dalam mengekalkan kesihatan otak dan tulang belakang janin yang sedang berkembang di dalam rahim.
Pengambilan folat yang mencukupi juga penting bagi mengelakkan risiko spina bifida pada janin.


7. SUMBER ANTIOKSIDA YANG BAIK

Bendi mengandungi komponen antioksida yang dipanggil polyphenol.
Polyphenol juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan strok dengan mencegah salur darah tersumbat dan mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.
Antioksida dalam bendi juga dikatakan baik dalam kesihatan otak dan berpotensi dalam mencegah pertumbuhan sel kanser payudara.


8. TINGGI KANDUNGAN SERAT

Secawan bendi mampu membekalkan sehingga 4 g serat.
Ini menjadikan bendi sayur yang baik bagi mengurangkan risiko sembelit.
Pengambilan bendi secara konsisten juga membantu dalam melancarkan lagi sistem penghadaman, mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan serta membantu untuk membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.


9. MENSTABILKAN GULA DALAM DARAH

Bercerita tentang serat, kandungan serat yang tinggi dalam bendi juga didapati sangat baik untuk dimakan oleh pesakit diabetis.
Makanan tinggi serat didapati dapat membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin dan berpotensi dalam mengawal glisemik.
Beberapa kajian yang telah dilakukan pada tikus makmal membuktikan potensi bendi dalam mengawal paras gula dalam darah.
Hasil kajian mendapati bacaan gula lebih rendah pada kumpulan tikus yang diberikan ekstrak bendi.


10. BERPOTENSI DALAM MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM DARAH


American Heart Association turut menekankan bahawa pesakit diabetes lebih cenderung untuk menghidap masalah kolesterol jika pemakanan tidak dijaga.
Sumber makanan yang tinggi serat dan antioksida seperti bendi sangat baik diamalkan bagi mengurangkan paras kolesterol dalam badan.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan pada tikus, bendi didapati dapat mengurangkan kadar kolesterol secara berkesan.

Sumber rujukan:
What Is Okra Good For ?
foodfacts.mercola.com/okra
What Is Okra (Lady’s Finger) And 6 Benefits Of Adding The Medicinal Vegetable To Your Diet
https://www.medicaldaily.com/what-okra-ladys-finger-and-6-benefits-adding-medicinal-vegetable-your-diet/
7 Nutrition and Health Benefits of Okra
https://www.healthline.com/health/diabetes/okra

Kredit Nazurah Hassan SirapLimau

Jom ajak kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik
395 viewsedited  23:05
Open / Comment
2022-08-26 02:05:05
Kredit Foto : Jabatan Pertanian Malaysia
297 views23:05
Open / Comment
2022-08-25 15:23:03 🇵​🇵​🇪​ LEGENDARY SLOT
~ Pakatan Pentagon Empire ~
           List KHAMIS

English QUOTES only.
Telegram.me/OhMyQuotes

Nasihat-nasihat Kehidupan.
@quotephotovideo

HIMPUNAN doa.
@kitabdoa

pelbagai TIPS dan PETUA.
@GayaSihatCantik

DIY - Do It Yourself.
@mrdoityourself

ISLAM itu indah.
@islamitu_indah 

kisah SERAM dan alam maya.
@BercakapDenganJin

RETRO COTTON FENOMENA EVOLUSI KINI
@IronlessCottonfly

𝒂𝒏𝒅 𝒉𝒆 𝒇𝒐𝒖𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒐𝒔𝒕 , 𝒂𝒏𝒅 𝒈𝒖𝒊𝒅𝒆𝒅 𝒚𝒐𝒖 .
@twinpages


NOTA : Stay list 24jam

nak join? Start @PPEpromoter_bot
             TERIMA KASIH
356 views12:23
Open / Comment