🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Apa yang kita dah tahu setakat ini, jam 1:20 pagi 27/11/2021 b | XM Global - Detect Awal

Apa yang kita dah tahu setakat ini, jam 1:20 pagi 27/11/2021 berkenaan varian terbaru NU:-

50 mutasi dalam varian terbaru. Lebih 30 mutasi pada spike protein dan 10 mutasi pada receptor. Ini SANGAT tinggi jika dibandingkan dengan DELTA yang mempunyai 16 mutasi pada spike protein dan 2 mutasi pada receptor.

Israel, Belgium, Hong Kong telah melaporkan kes pertama varian NU. Israel dah rekodkan tiga kes. Hong Kong dua kes. Belgium satu kes. Saya secara peribadi suspek US pun dah kena.

Data menunjukkan yang varian ini lebih cepat merebak pada kadar 5x ganda daripada varian sebelumnya.

Pfizer memerlukan data dua minggu untuk mengesahkan status varian NU sebagai "evasive."

Pfizer memberitahu, jika varian ini "vaccine evading" mereka akan memerlukan 100 hari untuk alter vaksin asal. Pelabur saham setakat ini letak rangka masa 6 - 9 bulan untuk vaksin baru roll out terutama kepada negara membangun. Maksudnya, apa yang berlaku ketika ini, market sedang expect 6 hingga 9 bulan delay dalam pemulihan ekonomi terutama negara membangun.

Ada data-data awal yang memberi signal varian ini susah nak dikesan PCR. Perlu dua ujian dengan jarak 4 hari baru result keluar positif. Kalau tak false negatif.

Johnson & Johnson sedang uji keberkesanan vaksin terhadap varian baru.

@gengdetectawalxm