Get Mystery Box with random crypto!

Seseorang yang sedang belajar, mesti akan diuji mengenai tahap | Hati Bengkak ❀

Seseorang yang sedang belajar, mesti akan diuji mengenai tahap kepintarannya melalui peperiksaan ( ujian ). Sekiranya tidak diuji, tahap pencapaiannya tidak sah untuk diiktiraf. Ada waktunya kita tidak sabar untuk diuji kerna inginkan kedudukan pendidikan yang lebih tinggi.

Sekiranya kita boleh tidak sabar untuk diuji bagi tujuan dunia, mengapa apabila tibanya ujian mengenai akhirat , kita mudah mempersoalkan, mudah berputus asa. Malah kita ingin menghindarkan diri dari ujian tersebut.

Berkata Al Arifbillah Sheikh Ibnu Athoiillah as Sakandari ;

“ Ujian adalah hari raya bagi para murid, salik & orang yang hendak berhijrah kepada Allah Swt “.

Moga kita semua diberikan kekuatan untuk menikmati ujian ujian yang datang menziarahi hidup kita.

https://t.me/TheIrfanMahfuz