Get Mystery Box with random crypto!

Assalaamualaikum selamat pagi, salam Jumaat. Hari pengulu sega | 🔥KONGSI ILMU BISNES🔥

Assalaamualaikum selamat pagi, salam Jumaat. Hari pengulu segala hari. Senoga hari ini lancar rezeki semua orang dalam group ni.
Dibukakan seluas luasnya pintu rezeki, keberkatan, kerahmatan, dan berpanjangan.

Jom baca tips² ni


10 TIP BAGAIMANA CARA UNTUK BINA BISNES YANG BERKEMBANG

1. Harus ubah cara berfikir (Growth mindset)
Perkara luaran sukar berubah apabila sikap dan cara berfikir dari dalam diri tidak diusahakan untuk berubah.

2. Harus ada matlamat untuk berkembang. (Growth goal)

3. Harus tahu cara untuk capai matlamat tersebut. (Growth strategy)

4. Sentiasa dapatkan pandangan daripada circle usahawan yang mempunyai mindset dan matlamat yang sama. Bergaul dengan mereka.

5. Tidak keseorangan. Bina bisnes yang berkembang ialah kerja berpasukan. Harus ada rancangan keluar daripada kepompong buat semua perkara seorang diri.

6. Sentiasa buat penambahbaikan pada tindakan. Tambah baik sampai jadi. Jadi orang yang mahukan sesuatu yang lebih baik. Adakah kita ada attitude seperti itu?

7. Usah kedekut tidak bertempat. Kita akan penat apabila semua perkara nak berjimat akhirnya memakan kos lebih besar di kemudian hari.

8. Pastikan aliran tunai positif. Buat keuntungan secara konsisten. Labur duit untung itu untuk kita ke tahap lebih baik.

9. Usah terpengaruh dengan orang bisnes kaki joli. Ia menyebabkan kita menanggung satu lagi kos yang besar iaitu kos berfikiran tidak waras.

10. Upgrade pemikiran. Pupuk LONG-TERM THINKING. Ia akan menterjemah banyak perkara dalam keputusan dan tindakan kita dalam membina bisnes dan jenama. Ia syarat awal untuk bina LONG-TERM SUSTAINABLE BRAND.