Get Mystery Box with random crypto!

3 Tips Booster Sale Untuk Newbies 1) TESTIMONI Gunakan gamb | 🔥KONGSI ILMU BISNES🔥

3 Tips Booster Sale Untuk Newbies


1) TESTIMONI

Gunakan gambar testimoni yang original dari pelanggan anda, tunjukkan testimoni ini di platform yang anda gunakan untuk meningkatkan lagi trust prospek terhadap produk anda.

Selepas beberapa hari pelanggan membeli, anda wajib ambil testimoni pelanggan dan dengan testimoni ini anda boleh highlight kan pada orang ramai tentang keberkesanan produk anda.


2) GAMBAR

Cara untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang pada produk anda, adalah dengan mengubah gambar-gambar amatur kepada profesional.

Jika tidak pandai, upah lah orang untuk ambilkan gambar yang lebih profesional supaya produk anda ada kredibiliti tersendiri.


3) HADIAH

Anda boleh sediakan hadiah untuk prospek anda supaya mereka lebih mudah membeli, tetapi hadiah mestilah sesuatu yang ada "Value" yang tinggi pada prospek.

Contoh anda menjual baju baby, tawarkan hadiah botol susu atau stokin baby pada prospek supaya mereka rasa nak membeli untuk dapatkan hadiah yang ditawarkan sekali.

Dengan hadiah dan bonus yang ditawarkan bersama produk, keinginan prospek untuk membeli akan meningkat.

_________________________

*Jangan gunakan testimoni yang tipu ya, kita nak cari rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga.

*Kalau takde bajet lagi untuk upah orang, anda edit lah sendiri gambar produk anda. Alaaa tengok youtube jee.

*Hadiah jangan mahal dari harga produk ya, nanti anda yang rugi, kita berniaga nak ada untung. Anda sendiri yang tahu berapa rugi berapa untung, So kira sendiri untuk bajet hadiah ni, tak mampu jangan buat lagi.



Moga bermanfaat !


Share pada rakan2 bisnes anda, Kita belajar sama-sama berjaya sama-sama okay.

@HeroBisnes2021