🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Beberapa Hari Lagi akan Masuk ke Bulan Zulhijjah. Umat Islam d | Iman💕Qowiyy

Beberapa Hari Lagi akan Masuk ke Bulan Zulhijjah. Umat Islam dianjurkan PUASA di Bulan Zulhijjah :

Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih disisi Allah dan amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 ini (1-10 Zulhijjah). Maka Perbanyakkanlah padanya daripada Tahlil, Takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari Tahlil, bertakbir, berzikir kepada Allah.

Dan Puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda."
[HR Al Baihaqi]

1 Zulhijjah = Ahad, 11.07.2021
2 Zulhijjah = Isnin, 12.07.2021
3 Zulhijjah = Selasa, 13.07.2021
4 Zulhijjah = Rabu, 14.07.2021
5 Zulhijjah = Khamis, 15.07.2021
6 Zulhijjah = Jumaat, 16.07.2021
7 Zulhijjah = Sabtu, 17.07.2021
8 Zulhijjah = Ahad, 18.07.2021
9 Zulhijjah = Isnin, 19.07.2021

HARAM PUASA:
10 Zulhijjah = Selasa,20/07/2021
11 Zulhijjah = Rabu, 21/07/2021
12 Zulhijjah = Khamis, 22/07/2021
13 Zulhijjah = Jumaat, 23/07/2021

Puasa Zulhijjah 1-7 Zulhijjah = Hari Ahad 11.07.2021 hingga Sabtu 17.07.2021

PUASA TARWIAH .
8 Zulhijjah = Ahad 18.07.2021

PUASA ARAFAH
9 Zulhijjah = Isnin 19.07.2021

HARI RAYA AIDUL ADHA
10 Zulhijjah = Selasa 3
20.07.2021

HARI TASYRI’
21/07 - 23/07/21
Umat Islam dilarang berpuasa di ketiga hari tersebut.

Niat puasa Bulan Zulhijjah

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku berpuasa sunat bulan Zulhijjah kerana Allah Taala."

Niat Puasa Tarwiah

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa Tarwiah, sunat kerana Allah Taala.”

Niat Puasa Arafah

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah Taala.”