🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Rasulullah SAW sebut, siapa yang bagi makan orang buka puasa, | Iman💕Qowiyy

Rasulullah SAW sebut, siapa yang bagi makan orang buka puasa, maka baginya pahala puasa orang yang berpuasa itu. Pada waktu yang sama, pahala puasanya tak kurang sedikit pun.

Bayangkan kalau kita belanja seseorang yang kuat amalan ibadahnya sepanjang Ramadhan. Pahala puasa dia kita dapat. Pahala baca Qurannya kita dapat.

Pahala sedekahnya kita dapat. Pahala qiyamullailnya kita dapat. Pahala zikirnya kita dapat.

Pendek kata, semua pahalanya kita akan dapat sebab kita belanja dia buka puasa saja.


Ada juga yang sumbang ikut kemahuan dan kemampuan. Semuanya saya terima dengan penuh rasa syukur.


“Eh, tunggu la bulan puasa baru sedekah. Baru dapat banyak pahala”.

Jangan la macam tu. Persediaan perlu dibuat lebih awal. Dapur-dapur perlu mencari barang-barang dan bahan-bahan keperluan untuk memasak.

Semuanya akan disedekahkan pada bulan Ramadhan juga anyway. Pahalanya tetap juga Allah tulis sebagai amalan soleh dalam bulan Ramadhan. Jangan bimbang ye.


Malam ini juga malam Jumaat. Ia penghulu segala hari. Pasti pahala sedekah akan dilipat kali gandakan oleh Allah SWT.


Bukan kerana nama. Sikit sorang pun takpe. Semoga semuanya bertemu di syurga.