2022-09-25 01:58:11
Perihal kehidupan Nabi dialam barzakh
1- Terdapat begitu banyak dalil yang dinukilkan secara mutawatir menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah Al-Musthofa hidup seperti biasa,bulan yang tidak pernah hilang cahayanya
2- Tubuh mulia Baginda didalam liang lahad umpama mawar yang sentiasa segar tidak tercemar dengan kelayuan
3- al-Hasyimi terhias dengan segala sifat yang indah tidak pernah diubah oleh perubahan masa dan zaman
4- Ulat tidak dapat menghampiri jasad Baginda,binasa dan hancur tidak diizinkan untuk mendekatinya
5- Jasad Baginda tidak dimamah tanah,tidak dagingnya tidak tulangnya
6- Sentiasa ada malaikat yang menyantuni Baginda dan mendengar apa yang Baginda ucapkan
7- Para malaikat menghidangkan rezeki yang mulia kepada Baginda , berbuat bakti seperti yang diperintahkan Allah keatas mereka
8- Berpuasa dan berhaji setiap tahun sesuatu yang harus dan tidak mustahil berlaku kepada Baginda
9- Bersuci dengan air yang datang dari khazanah ghaib kemudian mendirikan solat dialam sana, begitulah yang ditunjukkan oleh dalil
10- Didalam makamnya Baginda sentiasa mengerjakan solat lima waktu tanpa jemu-jemu
11- Setiap hari , amalan umatnya dibentangkan kepada Baginda supaya berbahagia Baginda mendengarnya
12- Sekiranya amalan soleh umat diperdengarkan,Baginda akan memohon kepada Allah agar diterima amalan tersebut
13- Namun jika sebaliknya maka Baginda akan memohon kepada Allah agar diampunkan dosa mereka
14- Ruang yang menyimpan jasadnya adalah sebenarnya taman syurga yang luas sejauh mata memandang
15- Ruang tersebut mendapat kemuliaan saat jasad mulia mengisi lapangnya
16- Ruang itu lebih mulia dari tujuh petala langit dan tujuh petala bumi,lebih mulia dari malaikat yang memenuhi segenap cakerawala
17- lebih mulia dari Arash dan syurga yang penuh dengan kenikmatan
18- Didalam kubur yang mulia,kamu dapat melihat Baginda hidup, daripadanya dapat sampai keseluruh tempat
19- Setiap Nabi seperti itu juga ,mereka hidup bersama jasad mereka yang tidak dimamah tanah
20- Tidak ada seorang Nabi pun yang diketahui kedudukan makamnya secara pasti melainkan makam Rasulullah
21- dan makam yang berada di Hebron disana ada ruang gua yang menyimpan jasad-jasad sebahagian rasul antaranya Nabi Ibrahim Al-Khalil
22- Jika Baginda tidak hidup dan mempunyai kesedaran seperti yang diriwayatkan oleh ulama
23- nescaya tidak bersusah payahlah matahari umat iaitu ulama datang menziarahi Baginda dari setiap pelusuk dunia,mengucap salam kepada Baginda pagi dan petang
24- nescaya para hujjaj tidak mengunjungi Baginda dan mengharapkan mereka memperoleh penerimaan
25- unta-unta mengharungi lembah dan padang pasir, bergerak kegirangan dengan iringan merdu suara penunggang,memacunya bergerak laju,dahaga dan panas tetap dirasa nyaman dan bahagia
26- unta-unta itu memanjangkan tengkuknya meluru memecut laju kerana rindu pilu terhadap Baginda penghuni kubah hijau,sambil air mata mengalir laju dari kelopak mata
27- Baginda bertemu para penziarah saat mereka bertandang dan melihat mereka saat mereka bersesak datang
28 Baginda mendengar selawat yang mereka ucapkan dengan telinga Baginda sendiri
29- Barangsiapa yang tidak beriktikad secara yakin bahawa Baginda mendengar selawat yang diucapkan oleh penziarahnya maka dia adalah zindiq lagi jahil
Terjemahan dan olahan dari qasidah yang dirangkaikan oleh Sheikh Ibnu Hajar Al-Haitami
343 viewsNiqabis Khadijah, 22:58