Get Mystery Box with random crypto!

A thread from Thaqifiman Waktu saya duduk didalam pengajia | Islamic words 🌱

A thread from Thaqifiman


Waktu saya duduk didalam pengajian tauhid bersama syeikh ahmad azhary hafizahullah taala.

Seorang pelajar bertanya kepada beliau,

Mengapa umat islam perlu menghadap kaabah ketika solat ?

Bagaimana jika seorang atheis katakan bahawa kita sedang menyembah kaabah?


Syeikh maklum bahawa kita semua ada dalil al-quran yang kukuh untuk menjadikan hujah. Tetapi apabila ia adalah untuk atheis maka ayat al quran bukan la sesuatu yang akan diterima oleh golongan tersebut.

Maka beliau datangkan satu contoh yang boleh difikirkan logik oleh semua golongan.

Tidak kira beragama ataupun atheis.


Syeikh berkata:
"Kamu ingin mengeluarkan duit , maka kamu pergi ke bank.

Setelah sampai di bank kamu menghadap mesin atm dan keluarkan kad lalu mengeluarkan duit. "

"Adakah kamu akan mampu mengeluarkan duit sekiranya kamu membelakangkan mesin atm tersebut ?

Sudah pasti tidak.

Kamu perlu menghadap mesin itu barulah perkara yang kamu inginkan itu terhasil".


Begitu juga dengan solat.
Allah memerintahkan umat islam untuk menghadap kiblat yang satu iaitu kaabah supaya solat dapat ditunaikan dan dihasilkan.

Jawapan yang baik untuk kita jadikan hujjah apabila kita berhadapan dengan golongan atheis suatu masa nanti


@islamicwords