🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

🎭Seram Mistik🎭

Logo of telegram channel kisahserammistik — 🎭Seram Mistik🎭 S
Logo of telegram channel kisahserammistik — 🎭Seram Mistik🎭
Channel address: @kisahserammistik
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 2.23K
Description from channel

Kejadian-kejadian aneh yang tidak dapat dijelaskan oleh sains 👻
Perkongsian Cerita/Kisah/Pengalaman Boleh Send ke @HoloriaBot dan Akan Diforward Dalam Channel

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages

2021-10-04 10:30:34 ┌─ ⸙ 𝑨𝑺𝑷 𝑩𝒀 ⸙ ────────┐
└───── @HikayatPerindu ⸙

─── •HIJAU DAUN• ───

⸙ @Sadnessmyboyf
Sadness girl with her cruel life.

⸙ @Kisahserammistik
Kisah seram infiniti dan entiti.

⸙ @OurVibes
Sending positive vibes your way.

⸙ @Bloomswriter
Keep calm and spread love.

⸙ @Sweetredroses
A romantic and love quotes.

⸙ @Akutabahh
Just be yourself.

⸙ @PenaDakwah
Istiqomah tanpa batas.

⸙ @Mykatanasihat
Nak dengar nasihat dan kata semangat.

⸙ @Nsquotes
Menulis kerana tidak mampu berkata

⸙ @Doktortarbiah
Mengubati segala penyakit hati tetapi
bukan penyembuh.

⸙ @Diarynisa
Cuma seorang pendosa yang inginkan syurga.

⸙ @Cantik011
Makeup peachy murah

⸙ @Sekadarmonolog
Teruskan menghukum, jika sudah sempurna.

⸙ @Myheartsaysthis
This is what i feel <3

⸙ @Thedakwahsharing
Isilah hatimu dengan ilmu

⸙ @Quotesdarihatii
Dari hati ke hati

⸙ @BetaBihah
Bukan air yang hilangkan haus.

⸙ @Ourhenshin
Hijrah yang berat pasti ad hikmah

⸙ @Potachieee
The word from my heart

⸙ @islamicquoteiq
Channel mempunyai quotes lagu,
wallpaper, video islamic

⸙ @Cik_navy59
Air mata pena ^_^

⸙ @Kpoptheme4u
Aesthetic world of themes

• @HIJAUDAUNASPBOT •
Sat & Mon | Delete after 9:00 pm .

───── @HSPPROMOTER ─────
240 views07:30
Open / Comment
2021-09-06 03:51:38 Hari semakin gelap lilin ape aku tak bawak, aku dengar bunyi air dibuka dengan suara orang perempuan menyanyi aku mampu menangis nak jerit bagai tak ada suara aku mampu tutup muka dengan kain sambil duduk depan pintu tandas, tiba-tiba aku terasa pintu ditolak mujur ada pengawal lalu dengar aku menangis segera dia suruh aku pulang ke rumah. Esoknya dia pon cerita yang dia dengar suara orang menyanyi, dia cakap memang nak maghrib akan ada suara tu. Tapi nak jadi hari tu aku yang terkena. Lepas pada tu aku tak berani pergi sorang2.

5 tahun berlalu lepas kejadian tu akhirnya kami berpindah hari terakhir kami dirumah kami dikejutkan dengan kehilangan anak buah aku. Walhal dia pergi hantar lauk kat jiran aku hampir sejam tak balik. Sampai pukul 10 abang aku pergi rumah jiran takut anak buah aku nengok tv rupanya jiran aku cakap anak buah aku terus balik lepas hantar lauk, kami semua dah panik dia hilang. Ingat nak report polis tapi mustahil kene culik sebab dalam kawasan sekolah ada pengawal. Ramai2 kami semua berkumpul untuk cari. Panggil nama tak menyahut. Hampir jam 12 kami puas kami pusing satu sekolah tetap tak ada akhirnya pengawal panggil seorang ustaz katanya kita ikhtiar cara islam. Ustaz kemudiannya azan dari rumah kami, azan bersilih ganti. Setengah jam kemudian jiran kami dengar ada suara budak menangis dalam rumah untuk menempatkan mayat tersebut, ya rumah itu masih ada tak dirobohkan mereka jadikan stor barang lusuh. Kata anak buah aku dia nampak "kawan" dia ajak dia main nyorok2, bila anak buah aku tak nak "kawan" dia marah. Cukup lah kenangan kami kat situ, sampai sekarang masih kosong rumah tu tak ada sesiapa berani duduk.

TAMAT

@kisahserammistik
883 views00:51
Open / Comment
2021-09-06 03:51:38 #mistik385

Hari ni aku rasa terpanggil nak berkongsi kisah anak buah aku dan aku. Aku tak reti nak karang cerita sangat harap korang faham-faham je la. Kisah ni bermula apabila abang aku dapat berpindah ke sebuah sekolah di perkampungan orang asli di negeri Z bukan nama sebenar. Tapi tak la pendalaman sangat kira nak ke bandar pon dalam setengah jam, ok berbalik kepada cerita aku, abang aku mohon untuk tinggal di kuarters yang disediakan sebab nak ulang alik kalau cari rumah sewa pon jauh kebetulan sekolah sebelah dengan kuarters.

Sebulan pertama duduk dekat situ tak ada kejadian yang pelik kami jalani kehidupan macam biasa. So aku bagi gambaran la keadaan situ kuarters bersebelahan dengan asrama dan asrama sebelah sekolah. Belakang kuarters ada surau lama untuk pelajar muslim dan selalunya digunakan bila ada kelas kafa. Kuarters dua unit satu baris. Korang imagine la sendiri. Sebelum kuarters dan asrama ni dibina dahulunya tempat simpan mayat dan tanah perkuburan. Bulan berganti bulan hari berganti hari genap setahun kami tinggal kat situ walaupon macam-macam cerita kami dengar dari penghuni lama tapi alhamdulillah tak ada kejadian pelik lagi terjadi, tapi ku harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Anak buah aku lelaki berusia 3 tahun, dengan usia begitu dia dapat mampu lihat benda halus tapi tak semua. Dalam rumah ada satu bilik bawah tangga iaitu stor dan hadapannya tandas, setiap maghrib dia akan nampak kelibat seorang kanak-kanak berlari tembus dinding, lepas tu dia akan sebut benda yang dia nampak tu. So benda ni kerap berlaku sampai la abang aku minta kawannya untuk ubatkan anak buah aku sebab tak nak benda ni berlarutan.

Bila dah berubat benda ni tak habis kat situ, aku pulak yang mula diganggu. Bila siang hari aku sorang dekat rumah yang lain bekerja jadi bila kemas rumah atas memang meremang, setiap kali kemas bilik aku akan sentiasa rasa seperti diperhatikan, tapi aku masih abaikan. Tak cukup dengan tu pintu bilik air pernah terkunci sendiri mujur ada orang dekat rumah. Lepas aku cuba berubat benda tu berhenti sekejap. Tapi 3 bulan lepas tu dia galak kacau aku. Jiran aku selalu balik kampung, rumah kami jenis bersambung jadi aku boleh dengar kalau ada bunyi dari rumah dia dari dalam bilik. Malam tu aku berehat tiba-tiba aku dengar bunyi macam perabot dialihkan, terus aku tanya abang aku yang jiran aku masih ada kat rumah ke, abang aku cakap dia dah balik petang semalam. So memang benda tu yang buat bising. Setiap malam aku dengar guli bergolek atas bumbung. Barangkali dah terbiasa aku jadi lali dengan benda ni.

Masa banjir 2014 kamu terkepung semua orang balik kami je tinggal disitu. Air, api semua tak ada lilin jadi peneman. Hari tu abang aku tidur awal tinggal aku tkebil-kebil dok dalam bilik mata cerah lagi. Aku nampak kelibat benda berbungkus dekat pokok pisang sebelah rumah aku, terus aku tutup tingkap baru nak bangun tutup pintu bammm pintu bilik aku macam dihempas dengan kuat walhal angin pon tak ada. Aku pejam mata paksa tidur, jam 3 pagi samar-samar aku dengar suara orang azan. Tapi awal lagi. Yea memang jelas suara azan, nak kata pengawal bukak tak kan la sampai bilik aku dengar. Aku bangun niat nak ke dapur dengan bantuan telefon 3310 aku bukak lampu hujung siling bilik macam ada satu benda tergantung, berbulu dan besar. Aku panik terus berselimut panas, berpeluh aku abaikan sampai akhirnya aku terlena. Seminggu selepas kejadian aku sekali lagi diganggu paling teruk dalam hidup aku. Aku tumpang mandi di asrama sebab masa tu air tangki asrama je banyak untuk kami mandi dan ambil air. Kebetulan masa tu tinggal aku sorang yang lain dah balik, pintu tandas sebelah diketuk bertalu-talu macam nak roboh kemudian senyap tak habis disitu pintu tandas aku pulak diketuk tapi bila intai tak ada kaki orang apatah lagi bayang. Cepat- cepat aku selesaikan urusan dan bergegas balik tapi nasib aku malang pintu tandas terkunci, aku ketuk jerit kalau-kalau ada orang datang.
712 views00:51
Open / Comment
2021-09-06 03:50:58
533 views00:50
Open / Comment
2021-09-06 03:01:02 #mistik384

Saya ingin menceritakan satu kisah yang terjadi di kampung saya di Sri Aman Sarawak. Telah terjadi peristiwa yang menakutkan semasa saya berusia 8 tahun. 20 tahun peristiwa tersebut telah berlalu tetapi masih segar didalam ingatan saya.

Kejadian tersebut berlaku angkara pembinaan perumahan baharu berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan kampung kami. Banyak perumahan sedang didirikan dan suatu hari salah sebuah mesin excavator tidak sengaja menggali satu kuburan lama yang tidak bertanda. Semasa proses penggalian tersebut, satu rangka tulang manusia telah terkeluar. Semua pekerja telah terkejut dan melarikan diri akibat ketakutan dan kerja pembinaan telah tergendala untuk seketika. Di sini lah kisah seram tersebut bermula.

Pada malam tersebut kampung kami telah diganggu dengan bunyi pontianak yang mengilai dan seolah olah seperti bunyi menangis. Tiga buah rumah telah diganggu seperti pintu diketuk berulang kali dan digoyangkan dengan sangat kuat sekali.

Salah seorang jiran saya telah keluar dari rumah setelah mendengar bunyi ayam yang berkokok seolah-olah takutkan sesuatu. Pak cik Mail (bukan nama sebenar) terus keluar dan meninjau bahagian bawah rumah menggunakan lampu suluh. Terdapat buaian kain yang selalu digunakan anak-anaknya untuk bermain di siang hari. Buaian tersebut bergerak dengan sendiri seolah-olah ada orang yang duduk di dalam buaian tersebut. Dia terus membaca ayat kursi dan hembus ke arah buaian tersebut. Tiba-tiba kedengaran suara wanita di dalam kesakitan beserta bunyi mengilai dan terus hilang di dalam kesunyian malam.

Kisah tersebut tidak terhenti di situ saja. Seorang lagi jiran saya, Pak Mat (bukan nama sebenar) mendengar bunyi mengilai yang sangat kuat di hadapan jalan raya rumah nya. Dia terus membuka pintu lalu ternampak cik pontianak sedang bergerak secara terapung sambil mengilai dan menangis. Pak Mat dengan beraninya menyergah pontianak tersebut dan ia terus bertukar menjadi ayam hitam lalu terbang ke atas pokok. Kejadian demi kejadian seram telah berlaku pada malam tersebut.

Keesokan harinya penduduk kampung telah membuat mesyuarat tergempar dan mengetahui bahawa semua kejadian tersebut adalah berpunca daripada tulang yang telah terkeluar ketika kerja pembinaan menggali lubang dijalankan. Penduduk kampung telah bergotong-royong menyempurnakan tulang tersebut mengikut agama Islam. Selepas itu, pontianak tersebut tidak muncul lagi dan kampung kami telah kembali aman. Persoalannya, siapakah tuan empunya kubur yang tidak bertanda tersebut? Sehingga muncul pontianak di kampung kami? Segala persoalan tidak dapat dijawab hingga kehari ini. Wallahualam.

Credit: Siti

TAMAT

@kisahserammistik
533 views00:01
Open / Comment
2021-09-06 03:00:03
424 views00:00
Open / Comment
2021-09-06 02:49:10 Aku nampak kelas di tingkat atas pintunya sekali terbuka dan tertutup. Aku perhati pintu itu untuk memastikan adakah disebabkan angin. Sah, memang pintu tu buka tutup sendiri. Aku pun buat-buat tidur sementara menunggu waktu balik. Selepas kes tu, maka cuti hujung tahun pun tiba. Aku tidak mahu memikirkan perkara itu sepanjang aku bercuti di kampung.

Tingkatan 2
Kisah ni berlaku pada pertengahan tahun. Cikgu membawa kami ke makmal bahasa untuk belajar. Mungkin belajar di makmal bahasa lebih seronok sebab tu cikgu bawa kami untuk belajar di situ. Ianya terletak di tingkat paling atas sekali. Dekat situ juga sangat sunyi jika dibandingkan dengan tingkat yang lain. Memang mengundang rasa seram sejuk ditambah dengan persekitarannya yang gelap. Berbanding perpustakaan, persekitarannya gelap tapi sentiasa ada orang lalu lalang di situ. Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang bilik muzik yang berada di depan bilik makmal bahasa.

Selesai belajar, kami pun balik ke kelas masing-masing. Semasa dalam perjalanan pulang ke kelas, aku terhenti kerana terdengar suara yang pelik dari bilik muzik. Lama aku tenung bilik muzik tu sampai rakan kelasku memanggil aku dari jauh untuk balik ke kelas. Aku mengambil keputusan untuk melihat bilik tu waktu balik nanti. Setibanya waktu balik, macam biasa, aku balik lewat untuk pergi ke bilik muzik tu. Aku naik secara senyap-senyap dan setelah sampai di atas, keadaan di tingkat ni memang sunyi. Aku melihat bilik muzik dari luar tingkap, gitar yang berdiri teguh tiba-tiba terjatuh. Aku pun terkejut. Macam mana gitar tu boleh terjatuh? Tiba-tiba aku terdengar orang menjerit minta tolong tetapi suara dia garau sikit, “TOLONG AKU, TOLONG AKU, TOLONG AKU. Aku pun lari lah lintang-pukang ke bawah dan terus ke tempat bas (tingkatan 2 dah naik bas). Siapalah nak tolong kalau tingkat atas sekali tu memang sunyi.

Selepas cuti hari raya dah habis, kami sekolah seperti biasa. Aku cuma duduk diam di kelas sementara orang lain bercerita tentang hari raya di kampung. Bosan juga lah masa tu hanya mampu menconteng buku sahaja. Ketika waktu balik, aku tutup pintu kelas aku dan kelas yang lain. Dari kelas aku ke kelas sebelah dan kelas seterusnya, lebih kurang enam kelas pintunya aku tutup. Tetapi selepas tutup pintu kelas terakhir, pintu kelas aku terbuka semula sedangkan aku dah tutup rapat. Mustahil angin yang menyebabkan pintu kelas aku terbuka semula. Aku rasa pelik kemudian aku berlari ke kelas aku dan tutup semula pintu. Tiba-tiba aku ternampak seperti ada seorang lelaki berada di hujung koridor memandang aku dari jauh dan masuk ke kelas terakhir tadi. Aku pun pergi lah ke kelas tu. Tapi bila sudah sampai, tiada sesiapa pula di dalam kelas tu. Bulu roma aku mula meremang, memang aku nampak ada orang masuk ke kelas ini tadi, tapi bila tengok tiada orang pula. Aku pun tutup lah pintu tu dan terus balik.

Tinggal beberapa hari lagi nak masuk cuti hujung tahun, masa tu aku dengan beberapa pelajar lepak di kantin sementara menunggu pagar sekolah tiada orang, baru kami balik. Memandangkan sudah tiada orang cuma kami sahaja di kantin, kami pun balik. Ketika nak balik aku ada merasakan sesuatu seperti ada orang memerhatikan kami. Dalam keadaan tercari-cari, aku nampak ada seorang perempuan berambut tocang melihat kami dengan tajam di tingkat sekolah paling atas sekali. Aku pun panggil lah mereka sambil tunjuk perempuan itu. Mereka hairan dengan aku, mereka tidak nampak sesiapa pun di tingkat atas tu. Aku pun suruh cepat-cepat balik takut ada benda tidak diingini berlaku.

Kisah ini berlaku setiap kali aku balik lewat di sekolah. Kisah ini aku tak pernah cerita dengan sesiapa pun sehingga hari ini termasuk rakan sekelasku. Semasa tingkatan 3, aku cuma sekolah selama sebulan sahaja di sana kemudian aku pun pindah sekolah. Maaf sekiranya cerita aku ini tidak berapa seram dan maaf juga sekiranya penulisan aku tidak baik.

Credit: Eez

TAMAT

@kisahserammistik
425 views23:49
Open / Comment