🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

VOD SECTION SUDAH 100% BEROPERASI MENGGUNAKAN CODEC VP9 Salam | Layar3 Official Updates

VOD SECTION SUDAH 100% BEROPERASI MENGGUNAKAN CODEC VP9

Salam sejahtera kepada semua user Layar 3 yang dihormati. Kami ingin memaklumkan bahawa VOD sudah beroperasi menggunakan codec VP9. Ini membolehkan server untuk menampung lebih ramai user secara serentak.

Walau bagaimanapun, perubahan ini akan memberi kesan kepada user yang menggunakan low-end devices kerana device tersebut tidak menyokong codec VP9 sepenuhnya dan akan menyebabkan tontonan di bahagian VOD tidak lancar.

Sekiranya anda menghadapi salah satu dari isu ini, ini bermakna device tersebut tidak compatible untuk VP9.

- Tiada audio/video
- Video choppy (lekat-lekat)
- Audio/video pecah-pecah

Sekiranya anda ingin terus menonton VOD, anda boleh menaik-taraf box anda kepada box yang lebih berkuasa. Ini kerana, isu ini adalah masalah hardware dan bukannya software.

Terima kasih.