🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Ke hadapan diri sendiri, Teruskan kuat untuk menghadapi masa | ѕтιcĸynoтeѕ.

Ke hadapan diri sendiri,

Teruskan kuat untuk menghadapi masa hadapan.
Teruskan langkah walaupun banyak halangan.
Teruskan berdiri walaupun dah jatuh seribu kali.
Teruskan buka mata hati walaupun pahit untuk ditelan.
Teruskan perjalanan walaupun kita tahu ia masih panjang.

Kadang apa yang kita rancang dalam akal fikiran, tak tercapai dek takdir yang menyapa. Tak mengapa, sentiasa percaya ada lebih baik yang menanti.

Kadang rasa, kenapa dunia begitu kejam?
Tidak sayang, tidak.
Have faith in Allah.
Kau pasti akan rasa betapa bersyukurnya hidup di muka bumi ni sebagai manusia, yang penuh dengan pelbagai emosi dan perasaan.


(Balquish, 2022)