2021-05-16 05:12:11
[
MOTIVASI SEMANGAT PAGI ]
Selalu kan dengar "serabut la, takde orang nak tolong aku la, penat la, sia-sia la buat benda ni.."
Disaat kita mengeluh, Allah jawab, "Hanya dengan mengingatiku, hati akan menjadi tenang".
Soalnya, kita syukur atau tak? Allah dah bagitahu, bila kita bersyukur, Allah akan tambah. Tambah dari segi apa?
Mungkin dari kesenangan dan kelancaran hidup.
Urusan dipermudahkan, buat apa-apa takde masalah.
Dapat hidup dalam kalangan orang yang baik-baik.
Yang penting, syukur dulu.. Syukurlah dari sekecil-kecil nikmat.
Jika yang kecil pun kita tak mampu bersyukur, bagaimana dengan yang besar?
Cuba renungkan sedalam nya, kenapa kita belum dapat apa yang kita nak?
Tanya hati.. adakah aku layak di atas apa yang aku inginkan?
Jujur.. kenapa belum dapat? Kerana belum layak!!!
Usahakan utk melayakkan diri...
Allah sangat memakbulkan doa hambanya..
Allah tahu waktu yang tepat untuk memberikan segalanya..
Boleh boleh?
37 views02:12