2021-06-16 18:26:00
Jagung Manis Leleh
5 biji jagung- potong 2@3 ikut pd kesukaan anda nak kecik ke besar.
5 sudu besar Tepung kastard.
1 cawan susu pekat manis.
1 tin susu cair.
Sedikit garam.
- Rebus jagung tanpa garam @ gula. Kalau tak nanti jagung mudah kecut. Xcantik.
- Jagung dah masak elok, angkat tos letak tepi. Tinggal sedikit shj air rebusan jagung. (Dalam 3,4 cawan shj).
- Perlahankan api,masukkn susu cair. Bila nk mendidih sedikit, masukkn susu pekat dan sedikit garam(1 sudu teh).
- Dah mendidih elok, masukkn tepung kastard. Kacau sampai pekat ikut pada citarasa anda nak, jika terlalu pekat tambah air pnas sdikit. *sentiasa kacau ye selepas masukkn tepung kastard.
- Manis dan pekat ikut pada citarasa masing2 ye, kalau saya nak manis lemak baru best
- Dah siap! Kalau yg suka chesse boleh tambah chesse last skali ye.
Selamat mencuba resepi yg xseberapa ini
Sumber : Nor Ashima Mohd Utama
6.7K views adihaw araf , 15:26