Get Mystery Box with random crypto!

Pengumuman penting ! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mem | MKN Sabah (Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah)

Pengumuman penting !

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan kepada pelajar lepasan SPM 2023 menerusi Program Dermasiswa B40 (DB40) mengikut kriteria-kriteria tertentu pada awal bulan Ogos 2024.

Penajaan di bawah program ini membantu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Kemahiran Awam (IKA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kami :~
TikTok : @bkpaupu
Facebook : kemasukan bkpa jpt
Telegram : UPUONLINE CHANNEL
Instagram : @kemasukanbkpa
YouTube : bkpaUPU