2021-10-25 08:33:59
Nak berjaya dalam trading financial markets ni sama macam kita belayar. Kita plan dengan kompas, peta segala bagai.
Tapi kadang-kadang angin kencang bawa kita ke tempat lain. Arah yang kita tak pernah tahu.
Time kita kuat, kita tarik layar agar sentiasa pergi ikut arah kita nak.
Time kita rasa lemah, kita lepaskan layar biar angin bawa ke mana saja yang dia suka.
Tapi setiap kali mentari pagi terbit, dan keringkan layar kita. Kita pasti tarik balik layar agar kita terus sampai ke destinasi.
Tetapi adakah kita sebagai pelayar suka tinggal di daratan? Iaitu destinasi yang kita inginkan? Tidak!
Biar badai dan taufan melanda. Pelayar akan tetap kembali turun belayar di laut. Kerana itulah sifat pelayar.
Sama seperti trading. Susahnya perjalanan sebagai seorang trader tidak akan menghentikan kita. Thats who we are. We are traders!
#Moshed
#Hustle24hours
#RealHustlerEntrepreneur
#FinancialMarketsTrader
#BacaINTRADAYbaruTRADE
9.6K views05:33