Get Mystery Box with random crypto!

Moshed Mohamad - Channel

Logo of telegram channel moshedmohamad — Moshed Mohamad - Channel M
Logo of telegram channel moshedmohamad — Moshed Mohamad - Channel
Channel address: @moshedmohamad
Categories: Economics , Investments
Language: English
Subscribers: 40.19K
Description from channel

Channel rasmi Founder & CEO INTRADAY.my
🇲🇾Media Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia
📊 News pasaran kewangan @intradaydotmy
⛔️Moshed tiada program pelaburan. HATI-HATI BANYAK SCAMMER MENYAMAR JADI MOSHED.

Ratings & Reviews

2.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


The latest Messages 6

2023-05-09 05:16:44
Stay focus!
5.3K views02:16
Open / Comment
2023-05-08 16:20:19 BETUL KA HAMPA MINAT TRADE NI? ATAU....

Dalam apa jua usaha yang kita buat pun, kita tak boleh berharap minat semata-mata. Tambah-tambah bila kita ubah minat kita untuk jadi sumber income.

Contoh, dulu saja-saja syok buat content, sekarang dah jadi bisnes pulak.

Dulu saja-saja seronok jual barang, sekarang dah jadi sumber income tetap pulak.

Dulu saja-saja minat nak belajar trade, sekarang setiap hari mengadap chart.

Saja-saja seronok, saja-saja minat, bila dah bertukar jadi perkara yang serius, memang kadang kala jadi mencabar.

Masa tengah untung, tengah flow cantik, memang kita minat apa yang kita buat.

Tapi kalau tengah susah, tengah rugi, tengah serabut, kita kadang-kadang boleh terdetik, "aku betul-betul minat ke bidang ni?"

Minat memang akan buat kita bergerak, tapi disiplin akan buatkan kita konsisten kekal dalam bidang ini.

Kalau dengan disiplin apa-apa jadi pun, kita akan habiskan apa yang kita telah mulakan sampailah kita berjaya.

Betul ka hampa minat trade ni? Trade ni susah geng.

Betul ka nak belajar jugak ni?

Kalau betul-betul nak belajar jugak, pi komen cepat di link di bawah..

Link https://www.instagram.com/p/Cr-8GOoyjkb/

Moshed Mohamad
Founder & CEO
INTRADAY
6.2K views13:20
Open / Comment
2023-05-03 09:44:23 SYOK NOHH DEPA MANAGE DUIT KITA.

Sekarang ni ramai pihak suka nak "manage duit kita".

Kita ada ewallet offer 3% setahun kalau kita buh duit dalam tu.

Kita ada apps yang 'tolong simpan' duit lebih sen sen kita setiap kali kita berbelanja. Simpan bukan saja-saja.

Kita ada apps yang tolong invest beli segala jenis asset duit kita guna robot.

Kita ada insuran takaful yang boleh join sekali dengan investment program masuk terus beli mutual fund.

Macam-macam caralah untuk manage duit kita ni.

Rata-rata yang syok sangat manage duit kita pun hanya bagi return yang hanya kalis inflasi.

Untung depa wajib dah sebab fees tetap ada walau untung rugi pun duit kita tu. Tapi part kita dapat lebih kurang kalis inflasi saja.

Dan yang paling hairan, ramai seronok nak manage duit kita. Kita pulak 'tak seronok' nak manage duit kita sendiri.

Kita nak senang, nak kaya, nak financial freedom, tapi ilmu pasal manage duit kita tak minat. Hairan jugak tu.

Bukan duit sapa-sapa pun, duit kita jugak.

Ada lagi ka yang minat ilmu manage duit ni? Tapi ilmu manage ni hard core sikit. Sebab 'the matrix' tak bagi dedah cara ni. Depa kata "RISIKO TINGGI!"

Moshed Mohamad
Founder & CEO
INTRADAY

---------------
Minat nak baca lebih lagi?
Stay tune. Saya akan bongkar semuanya!
Join Channel t.me/moshedmohamad
9.8K views06:44
Open / Comment
2023-05-01 14:20:42
ILMU KEWANGAN SI LUNCAI ?!

Setiap kali terjadinya perubahan ekonomi dunia, akan ada yang makin kaya, akan ada yang makin susah. Yang pasti jurang semakin besar.

Ada sebab orang kaya makin kaya. Ada sebab orang miskin makin miskin.

Ia berdasarkan ilmu kewangan yang kita ada.

Ilmu ni tak diajar di sekolah.

Bila kita besar pulak, ilmu ini kita belajar hanya dari sekeliling kita. Kita follow saja apa yang orang buat.

Orang kata beli rumah buat asset, kita pun beli rumah.

Orang kata beli emas, kita pun beli emas.

Orang kata masuk unit trust, kita pon keluarkan KWSP masuk unit trust.

Ilmu kewangan kita hanya ikut ikutan si luncai, terjun dengan labu-labunya.

Ilmu kita kebanyakan follow 99% ilmu kewangan orang yang biasa biasa.

Lagi 1% ilmu orang kaya kita abaikan.

Orang kaya yang makin kaya makin kaya makin kaya, bukan dapat ilmu hanya dari ikut-ikutan. Tetapi mereka kaji dan kaji dengan ambil risiko.

Memang kadang kala jatuh. Tapi setiap kali jatuh pengalaman bangun kembali dan belajar sesuatu itu yang mahal.

Jadi kita yang tentukan, ilmu kewangan kita ni ilmu yang dapat dari 'ambil risiko' macam orang kaya, atau hanya ilmu-ilmu si luncai..

“Si luncai. Terjun dengan labu-labunya. Biarkann….”

Moshed Mohamad
Founder & CEO
INTRADAY

---------------
Minat nak baca lebih lagi?
Stay tune. Saya akan bongkar semuanya!
Join Channel t.me/moshedmohamad
9.4K viewsedited  11:20
Open / Comment
2023-05-01 07:52:56 First saya akan rungkaikan tentang "ilmu".. selepas itu baru "risiko".. stay tuned!
7.3K views04:52
Open / Comment
2023-05-01 07:52:18 Sekejap lagi saya akan terangkan kenapa...
7.1K views04:52
Open / Comment
2023-05-01 07:50:23
7.4K views04:50
Open / Comment
2023-04-29 17:05:16
Geng! Hampa rasa kan, betul ka dalam dunia financial markets ni hanya 3-4% saja boleh dapat setahun?

Kalau tengok rata-rata ‘produk mainstream’ yang ada dalam pasaran semua memang depa bagi kita untung takat ni saja 3-4% setahun

Dulu betul depa bagi 7-8% setahun, tapi itu dulu la dan itupun masih rendah rasanya..

Ka depa untung 20-30% setahun dan bagi kita 2-3% saja setahun? Cuba fikir tengok

Dan kita banyak dijaja dengan amount macam tu saja..benda ni satu dunia jaja, bukan apa yang depan mata kita saja..

ada apa2 agenda ‘the matrix’ ka macam mana?

Ada yang cakap, ok la tu ‘tak ada risiko’.. kalau bab risiko kita kira lain..(hidup pun satu risiko)

Ada yang cakap, ok la tu ‘walaupun sikit tapi bayangkan 2 juta’.. masalahnya rata-rata dari yang komen macam ni jangan kata 2 juta usd, 200 ringgit pun tak ada..

Trade instrument financial markets memang banyak diburukkan ‘the matrix’ sebab boleh potensi lebih dari itu.. kalau semua orang sedar, nanti ada pihak yang rugi.. fikir betul betul ayat saya ni..

Betul ke tak betul? Masalahnya, betul ke hanya 3-4 % saja boleh buat?

@moshedmohamad
2.6K viewsedited  14:05
Open / Comment
2023-04-29 12:32:41
Sedikit pesanan bagi yang baru nak belajar trade forex. Anda kena ingat pesanan saya ini.

Bagi yang dah lama, boleh share juga kepada kawan kawan agar semua rakan-rakan tahu cara yang betul untuk belajar trade forex.

Tak ada lah nanti bila depa rugi, depa asyik pandang serong pada kita, sedangkan kita tak join pun group2 signal tu untuk berjaya, betul tak?
3.4K views09:32
Open / Comment
2023-04-21 17:51:24
Saya mewakili warga INTRADAY mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Minal 'Aidin wal-Faizin. Semoga segala amalan bulan Ramadhan kita diterima inshaAllah. Aminn.

Moshed Mohamad
CEO INTRADAY
Media Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia
1.9K views14:51
Open / Comment