Get Mystery Box with random crypto!

Abu Dzar Al Ghifari adalah salah satu sahabat Rasulullah SAW y | Stay Strong

Abu Dzar Al Ghifari adalah salah satu sahabat Rasulullah SAW yang paling aku gemari.

Setelah sekian lama aku meninggalkan kisah para sahabat, malam ini secara tidak langsung aku teringatkan kisah Abu Dzar sewaktu aku mengenang kembali kisah hidup aku.

"Dia berjalan sendirian, mati sendirian dan dibangkitkan sendirian”

This is the closest story of sahabat dalam kehidupan aku. Dan sentiasa menjadi inspirasi buatku.

Bermula remaja aku merasakan hidupku seakannya bersendirian. Mendapat tawaran ke SBP dan pindah dari sana bersendirian, kemudian bila ke asasi turut bersendirian, bila degree jauh tercampak ke pulau bersendirian, dan kemudian, sambung pelajaran peringkat sarjana turut bersendirian.

Walaupun ada tempoh tertentu aku merasakan hidup berteman, namun kemudian teman itu bertemu teman yang lain yang jauh lebih baik setelah sekian lama, aku kembali berseorangan.

..

Aku pernah terfikir, good ending in a story is just in that storybook. Which is, in reality, we don't really have an ending, except death. But then.. pengakhiran hidup dekat dunia ni pun untuk permulaan hidup baru dekat alam seterusnya. Like, there's no ending.

Tapi kemudian aku teringat seorang arwah kakak usrah yang sangat aku kagumi sejak sekolah.
Kematiannya agak mengejutkan kami kerana ianya disebabkan kemalangan. Aku juga mendapat liputan berita tentang kematian arwah dan nama arwah turut trending seketika. Arwah meninggal dengan baby sewaktu dalam perjalanan ke hospital untuk tangani kes covid kalau tak silap. Semua yang lain cuma cedera ringan namun arwah dan baby telah ditemukan dengan Allah SWT.


Dan setelah kematian arwah, keluar banyak kisah kebaikan arwah terhadap banyak golongan. Aku sangat sedih kerana aku adalah salah satu orang yang arwah santuni dengan sangat baik.

Dan arwah sentiasa beribadat, berbuat baik tanpa mengeluh ataupun berkira tentang berapa banyak masa yang arwah perlu habiskan untuk umat. Bagi arwah, rehatnya adalah di syurga.

Dan bila mendapat berita kematian tersebut, aku tahu dan aku yakin, arwah akhirnya mampu berehat dan ditemani bayinya.

Itulah a good ending yang sepatutnya. Husnul khotimah. Pengakhiran yang baik.

Semoga kita semua sentiasa dijaga Allah swt daripada nafsu jahat dan dunia yang tidak pernah rehat daripada kejahatan ini.

Ya Allah. Berikanlah kami kematian yang baik-baik. Amin..