🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

MyCARE 🇲🇾

Logo of telegram channel mycare — MyCARE 🇲🇾 M
Logo of telegram channel mycare — MyCARE 🇲🇾
Channel address: @mycare
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 2.48K
Description from channel

Saluran informasi terkini mengenai isu-isu kemanusiaan dan pembelaan hak asasi manusia.
MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.
mycare.org.my
fb.me/mycarehq

Ratings & Reviews

1.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


The latest Messages

2022-08-31 03:00:00
MyCARE mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi berkekalan selamanya.

Salam kemerdekaan daripada MyCARE. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang!

#KeluargaMalaysia #TeguhBersama #Merdeka65 #31Ogos
191 views00:00
Open / Comment
2022-08-30 16:14:37 Kebangkitan menentang penjajah adalah tabii walau di mana sekalipun; baik di Malaysia mahupun di Palestin.

Seawal bertapaknya British di Perak pada tahun 1874, orang-orang Melayu telah bangkit menentang penjajahan British dengan pembunuhan JWW Birch pada 1875.

Ikuti kupasan Dr. Hafidzi Mohd Noor tentang bagaimana British boleh bertapak di Tanah Melayu dan motif penjajahan mereka serta mengapa naratif kemerdekaan Malaysia memerlukan satu anjakan baru.

Tonton di sini



Selamat menonton.

Salam kemerdekaan daripada MyCARE.

#KeluargaMalaysia #TeguhBersama #Merdeka65 #31Ogos
200 viewsedited  13:14
Open / Comment
2022-08-29 09:15:04
Untuk menyumbang ke Tabung Kecemasan Banjir Pakistan, KLIK https://mycare.qrd.by/banjirpakistan

Sama-sama kita ringankan beban saudara-saudara kita di Pakistan.

Bantu kami sebar-luaskan mesej ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai akan dapat kita bantu.

Terima kasih atas bantuan dan sumbangan anda.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

#banjirpakistan
#pakistanflood
#mycare
4.5K viewsedited  06:15
Open / Comment
2022-08-29 05:58:58 [PalestinDiserang] BANTUAN KETIGA!

Alhamdulillah, sumbangan anda telah selamatkan kami sampaikan.

Kali ini penerima adalah dari Keluarga al-Shamallakh. Keluarga ini merupakan salah satu keluarga yang menjadi mangsa serangan rejim Israel baru-baru ini.

Kediaman mereka musnah sepenuhnya. Bangunan yang mereka tinggal mempunyai 4 buah flat. Akibatnya, 22 orang penghuni hilang tempat berteduh dan menjadi sehelai sepinggang dalam sekelip mata.

Pasukan MyCARE Gaza telah menziarahi keluarga ini untuk menyemak keperluan mereka yang belum dipenuhi. Mereka memohon bantuan pakaian.

Justeru, pasukan MyCARE telah menyewa sebuah bas dan membawa mereka sekeluarga untuk membeli terus dari kedai pakaian.

2 pasang pakaian (t-shirt dan seluar) untuk lelaki.

2 helai tudung dan sepasang jubah untuk perempuan.

Mereka bebas memilih pakaian yang mereka mahu. Ini sedikit kebebasan yang dapat kita berikan kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepungan dan sekatan ekonomi oleh rejim Israel sejak tahun 2007.

*****
Bersama kita ringankan beban mereka melalui Tabung #PalestinDiserang.

Untuk menyumbang, salurkan ke » mycare.qrd.by/palestin

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
Rujukan: PalestinDiserang

Hantar bukti pembayaran [yang dilakukan melalui akaun bank sahaja] ke:

No tel: http://wasap.my/60389412341
Emel: campaign@mycare.org.my

#GazaDiserang #GazaUnderAttack #SaveAlQuds #SaveAqsa #PalestinDiserang #PalestinUnderAttack
191 viewsedited  02:58
Open / Comment
2022-08-29 05:57:32
147 views02:57
Open / Comment
2022-08-29 05:14:29
Untuk menyumbang, salurkan ke:
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan

Sama-sama kita sebar-luaskan mesej ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai akan dapat kita bantu.

Terima kasih atas sumbangan dan bantuan anda.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

#banjirpakistan #pakistanflood #mycare
170 views02:14
Open / Comment
2022-08-28 02:22:17
BANTUAN KECEMASAN BANJIR PAKISTAN

Hampir 1,000 orang terkorban dan 30 juta hilang tempat tinggal selepas Pakistan dilanda banjir berterusan akibat hujan monsun sejak bulan Jun.

Agensi Pengurusan Bencana Pakistan (NDMA) melaporkan, lebih 500,000 rumah musnah dengan wilayah paling teruk terkesan adalah di Balochistan dan Selatan Sindh.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah memutuskan untuk menghantar bantuan awal berjumlah RM40,000 ke Pakistan.

Justeru, MyCARE ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama membantu sahabat-sahabat kita di Pakistan bagi meringankan beban mereka.

Untuk menyumbang, salurkan ke:
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan

Mohon jasa baik tuan/puan untuk sebar-luaskan mesej ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai akan dapat kita bantu.

Terima kasih atas sumbangan dan bantuan anda.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

#banjirpakistan #pakistanflood #mycare
255 viewsedited  23:22
Open / Comment
2022-08-27 15:18:12
Peluru bersimpang siur. Ditugaskan untuk membuat kacau dalam satu serangan. Veteran VAT69, Tuan Md Shah berkongsi pengalaman ketika ditugaskan untuk menentang komunis.

Beliau juga menyeru untuk anak-anak muda untuk sertai tentera bagi meneruskan legasi kemerdekaan dan kemakmuran yang dicapai.

#Merdeka #BulanKemerdekaan #TeguhBersama #KeluargaMalaysia #KibarkanJalurGemilang
61 views12:18
Open / Comment
2022-08-26 15:11:52 Mengambil momen Hari Pahlawan dan bulan Kemerdekaan, MyCARE sekali lagi menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.

MyCARE telah dan sedang menyalurkan sumbangan Bakul Makanan kepada pasukan keselamatan sepanjang bulan Ogos ini.

Penyaluran pertama ini telah diserahkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia - Malaysia Ex-Police Associatioan pada 26 Ogos 2022.

Sebanyak 50 Pek Makanan untuk 50 buah keluarga veteran PDRM diserahkan oleh wakil BoT MyCARE, Datuk Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha yang disaksikan oleh Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Bantuan ini diagihkan kepada pesara PDRM yang bertempat di 3 buan negeri iaitu, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pek Makanan ini mengandungi Beras, Minyak, Telur, Tepung, Bihun, Gula, Bawang, Kentang, Ikan Bilis, Susu Pekat, Teh, dan lain-lain.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."
156 viewsedited  12:11
Open / Comment
2022-08-26 15:11:49
126 views12:11
Open / Comment