Get Mystery Box with random crypto!

*KENAPA KAU HASAD ?* Hasad, iri serta dengki adalah penyakit | Nasihat (Dakwah Sunnah)

*KENAPA KAU HASAD ?*

Hasad, iri serta dengki adalah penyakit hati yang dapat membinasakan manusia. Tatkala melihat orang lain mendapatkan kenikmatan, kelebihan, meraih kesuksesan dan dikurniai kebaikan, baik berupa harta, ilmu, kedudukan, pujian manusia, dan lain-lain, maka dia pun semakin benci kepada orang tersebut.

Mungkin tetangga di sebelah rumah, sesama
jamaah dlm satu pengajian, sesama panitia
suatu acara, sesama majlis taklim, sesama pedagang, sesama saudara kandung, sesama
karyawan, sesama ahli maksiat, bahkan boleh terjadi pula pada sesama ustadz...

Mereka telah berhati syaitan. Siang & malam mencari-cari cara agar orang yang dia telah hasad kepadanya dpt hilang kenikmatannya, atau boleh tersingkirkan dari hati orang lain yg juga suka kepadanya. Dan cara yang mereka tempuh pun bermacam-macam, seperti dngn memberi gelaran-gelaran buruk, menebar syubhat, mencari-cari kesalahan, membongkar aibnya, merendahkannya di hadapan manusia, dll.

Orang yang hasad itu memiliki tanda2 yang dapat diketahui, antara lain suka melakukan ghibah saat orang yng dihasad tidak sedang berada di hadapannya, atau merasa gembira dengan musibah yang menimpa orang yang dihasad, tidak suka bila kebaikan orang yang dihasad disebut-sebut di hadapannya, dll.

Muara seluruh permasalahan di atas adalah CINTA DUNIA. Dunia itu sempit serta sangat terbatas sehingga kalau orang berebut maka akan semakin terasa sempit. Oleh kerana itu
"Cintailah Akhirat" kerana akhirat itu luas dan
persaingan dalam urusan akhirat itu tdk akan
mendatangkan kedengkian atau kebencian selamanya...

Allah 'Azza wa Jalla berfirman :
"Dan janganlah engkau iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yg
mereka usahakan, dn bagi para wanita (pun)
ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.
Dan mohonlah kpd Allah sebahagian kurnia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas
segala sesuatu" (QS. An-Nisaa' [4]: 32)

Ustadz Najmi Umar Bakkar

@nasihat_diri