Get Mystery Box with random crypto!

*۞ ﷽ ۞* *Doa Agar Tidak Ditenggelamkan Ke Dalam Bumi* (Dibac | Nasihat (Dakwah Sunnah)

*۞ ﷽ ۞*

*Doa Agar Tidak Ditenggelamkan Ke Dalam Bumi*
(Dibaca Setiap Pagi & Petang)

----

*اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي*

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon maaf (keampunan) dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon maaf (keampunan) dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aurat badan, cacat, aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak disambar dari bawahku (tenggelam atau ditelan bumi dan lain-lain).

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhuma, bahawa beliau mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam membaca zikir ini ketika pagi dan petang, dan beliau tidak pernah meninggalkannya sampai beliau meninggal dunia: (dzikir di atas).

(HR. Abu Daud, Ibn Majah dan dishahihkan Al Albani).

@nasihat_diri