Get Mystery Box with random crypto!

BAHAGIA ITU... Bahagia itu adalah kurniaan yang diberikan All | Nasihat (Dakwah Sunnah)

BAHAGIA ITU...

Bahagia itu adalah
kurniaan yang diberikan Allah
kepadamu.
Dialah saja satu-satuNya
yang meletakkannya di jiwamu.

Bahagia itu
bukan hadiah pemberian
sahabat dan kawan.
Kerana sahabat dan kawan,
takkan mampu memberikan
itu kurnia kebahagiaan.

Kerana itu pula,
musuh terperkasa sejagat dunia sekalipun,
takkan mampu merenggut
bahagia itu darimu!

Ibnu Taimiyah -rahimahuLlah- berkata:
“Apa yang dapat diperbuat musuhku padaku?
Aku, taman bahagiaku ada di dalam jiwaku.
Kemana pun aku pergi,
taman bahagia itu selalu bersamaku...”

***

Bahagia itu ada di hati kita.
Allah yang kurniakan,
meski jalan hidup terasa pahit
seperti adanya hidup para nabi,
para shalihin dan syuhada’.

Semoga kita semua selalu bahagia.
Bahagia yang sejati adanya.

Akhukum,
Muhammad Ihsan Zainuddin

@nasihat_diri