🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

*WAKTUNYA BACA SURAH AL-KAHFI* Betapa banyak orang lalai dari | Nasihat (Dakwah Sunnah)

*WAKTUNYA BACA SURAH AL-KAHFI*

Betapa banyak orang lalai dari amalan yang satu ini ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, yaitu membaca surah Al Kahfi. Atau mungkin sebahagian orang belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surah Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) di hari Jum’at kerana pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikhabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar yaitu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Hadits pertama: ‎

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”
(HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih sebagaimana dalam Shahihul Jami’ no. 6471)

Hadits kedua:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.”
(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih sebagaimana dalam Shahihul Jami’ no. 6470)

Inilah salah satu amalan di hari Jum’at dan keutamaan yang sangat besar di dalamnya. Akankah kita biarkan begitu saja [?]

Semoga Allah selalu memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan untuk beramal soleh sesuai tuntunan Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

@nasihat_diri