Get Mystery Box with random crypto!

_*Reminder*_ JANGAN LUPA *BACA SURAH AL KAHFI* | Nasihat (Dakwah Sunnah)



_*Reminder*_


JANGAN LUPA

*BACA SURAH AL KAHFI*




*SURAH AL-KAHFI*
*DIBACA MALAM JUMAAT /HARI JUMAAT*


→ Membaca surah Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) *di malam jumaat atau di hari Jumaat* kerana pahala yang begitu besar sebagaimana, hadis berikut :

*Hadis pertama :*

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيق
ِ
*“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”*

_(HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih sebagaimana dalam Shahihul Jami’ no. 6471)_

*Hadis kedua :*

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْن
ِ
*“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”*

_(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih sebagaimana dalam Shahihul Jami’ no. 6470)

@nasihat_diri