Get Mystery Box with random crypto!

PERISTIWA ISRA' MI'RAJ ADALAH BUKTI BAHAWA ALLAH BERADA DI ATA | Nasihat (Dakwah Sunnah)

PERISTIWA ISRA' MI'RAJ ADALAH BUKTI BAHAWA ALLAH BERADA DI ATAS ARSY. BUKAN TIDAK BERTEMPAT, BUKAN PULA DI MANA-MANA

Disebutkan dalam hadits shahih, bahawa sebelum Isra' Mi'raj, dada Nabi Shallahu alaihi wa sallam di buka untuk dibersihkan hatinya dengan air zam-zam, dan ditambahkan padanya iman dan hikmah, lalu dada itu ditutup kembali.

"Kemudian Jibril membawa beliau NAIK ke langit dunia..
Kemudian Jibril membawa beliau naik lagi ke langit kedua..
Kemudian Jibril membawa beliau naik lagi ke langit ketiga..
Kemudian Jibril membawa beliau naik lagi ke langit keempat..
Kemudian Jibril membawa beliau naik lagi ke langit kelima..
Kemudian Jibril membawa beliau naik lagi ke langit keenam..
Kemudian Jibril membawa beliau naik lagi ke langit ketujuh..

Kemudian beliau naik ke atas lagi, sampai ke tempat yang tidak ada yang tahu kecuali Allah. Sehingga beliau sampai ke Sidratul Muntaha, dan mendekat kepada Allah ta'ala untuk menerima wahyu wajibnya solat lima waktu".

[HR. Bukhari 7517]

Lihatlah berapa kali disebutkan kata naik dalam riwayat ini? Bukankah naik itu harus ke atas? Adakah naik yang bererti ke bawah atau ke tepi?

Dalam riwayat ini juga di sebutkan naik ke langit dunia. Bukankah langit dunia itu di atas kita? Adakah yang mengatakan bahawa langit dunia itu di bawah kita? Jika langit dunia di atas kita, apalagi langit yang di atasnya lagi.

Mengapa mudah menerima kenyataan bahawa langit-langit itu di atas kita, tapi sulit menerima bahawa Allah berada di atas, dan tidak ada lagi yang lebih tinggi dari Allah ta'ala?

Bukankah Allah sendiri telah menegaskannya dalam Alquran, bahkan tidak hanya dalam satu dua ayat, tapi dalam tujuh ayat, bahawa Dia berada di atas Arsy.

[Lihat: Al-A'rof:54, Yunus:3, Ar-Ra'd:2, Thaha:5, Al-Furqan:59, As-Sajdah:4, Al-Hadid:4]

• Ketika Anda sujud dan meminta kepada Allah, kemanakah hati Anda mengarah? Bukankah ke atas? Ataukah hati Anda bingung tanpa arah?

• Saat Anda berdoa dalam keadaan duduk atau berdiri, mengapa tangan Anda menengadah ke atas?

• Mengapa saat Anda sangat berharap dikabulkan doanya, Anda tengadahkan wajah Anda ke langit?

Saudaraku.. Islam yang benar, akan selalu sesuai dengan akal, fitrah manusia, dan dalil syariat.. dan semuanya menunjukkan bahawa Allah berada di atas, berada di atas Arsy-Nya.

Ustadz Musyaffa' ad Dariny Lc, M.A.

@nasihat_diri