Get Mystery Box with random crypto!

NotaKamaliaKamal

Logo of telegram channel notagirlboss — NotaKamaliaKamal N
Logo of telegram channel notagirlboss — NotaKamaliaKamal
Channel address: @notagirlboss
Categories: Psychology
Language: English
Subscribers: 60.34K
Description from channel

Ilmu kenali pasangan & bff dengan KKDI

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages

2024-06-24 03:01:48 Dari jauh saya nampak seorang lelaki tergesa-gesa keluar kereta. Parking senget, sedikit menghalang laluan. Sambil memimpin tangan kedua anaknya menuju ke sekolah, botol air anaknya terjatuh.

"Encik, botol air anak encik jatuh."
Dia pusing, ambil, lalu pergi. Tiada ucapan apa-apa. Tetapi bukan itu yang saya harapkan.

Apalah hari dia ya, rambut tak bersikat. Baju tak kemas. Saya mengomel sendiri.

Keesokan harinya. Saya nampak dia dan anak-anaknya lagi. Masih dalam keadaan tidak terurus.

2 minggu selepas itu, saya nampak keretanya lagi yg belum parking di kawasan sekolah. Di sebelahnya ada seorang wanita dan baby dalam bedung. Bila dia keluar, dia pakai baju hospital ada tulis nama DR.. So i can connect the dots. .

Masa sebelum ni tu agaknya selepas oncall, wife dalam pantang, jadi dia urus anak-anak sendiri.

Walaupun tidak sempurna tapi dia menyempurnakan keluarganya.

Kita pun mungkin sama. Ada hari kita tidak dapat uruskan semuanya dengan sempurna. Tetapi kita tetap cuba MENYEMPURNAKAN.
3.9K views00:01
Open / Comment
2024-06-23 03:01:30 Kisah romantis Nabi Muhammad SAW dengan isteri Baginda.

Dari Aisyah berkata: "Tatkala saya haid, saya minum. Kemudian saya memberikannya kepada Nabi dan beliau meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku. Tatkala saya haid, saya memakan daging yang masih melekat di tulangnya, lalu saya memberikannya kepada Nabi dan Baginda pun meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku." - [HR Ahmad 24416].
3.9K views00:01
Open / Comment
2024-06-22 03:01:51 Ada orang cakap, cuaca dalam rumahtangga bergantung kepada mood ibu? Betul ke?
4.4K views00:01
Open / Comment
2024-06-21 03:00:48 SALAM JUMAAT

Harini Hari Jumaat. Jom selawat dan submit doa banyak-banyak.

Doa ikrar yang dibaca 3 kali setiap pagi.


رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا

Rodhitu billahi robba wabil islami dina wabi muhammadin nabiyya warasula.

Maksudnya: Aku redha Allah SWT sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulku.

Aku redha dengan pakaianku hari ini.
Aku redha dengan rezekiku hari ini.
Aku redha dengan kerjaku hari ini.
Aku redha dengan sakitku hari ini.
Aku redha dengan tugasku menjaga ibuku hari ini.
Aku redha dengan urusan anak2ku hari ini.
Aku redha dengan jodoh yang bakal dikurniakan Allah hari ini atau suatu hari nanti.

Aku redha ya Allah. Aamiin2 ya Rabbal 'aalamiin.
4.9K views00:00
Open / Comment
2024-06-20 03:00:51 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(Ar-Ruum: 21)
4.5K views00:00
Open / Comment
2024-06-19 03:02:12 Level kesyukuran setiap orang tidak sama. Tetapi andai dirimu diuji, bersyukurlah kerana dikau orang yang terpilih.
4.9K views00:02
Open / Comment
2024-06-18 03:00:30 Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang  paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”.

[Riwayat al-Bukhari]
5.2K views00:00
Open / Comment
2024-06-17 03:02:03 PENGORBANAN

Apabila disebut BERKORBAN, kita sudah sinonim dengan kisah atau pengajaran bagaimana Nabi Ibrahim AS menerima dan melaksanakan arahan itu dengan redha, kita juga wajar mengenang dan mencontohi individu penting yang turut berkorban, iaitu Siti Hajar AS yang melaksanakan peranan sebagai isteri dan ibu kepada pesuruh Allah SWT.

Redha ditinggalkan di padang pasir yang tandus bersama anaknya. Redha juga untuk anaknya disembelih. Jika kita rasa diri kita sudah banyak berkorban, Adakah kita mampu berkorban seperti Siti Hajar?

Semoga kita dapat membina para wanita solehah, muslehah seperti Siti Hajar iaitu Ummu Ismail yang rela berkorban demi keluarga dan agamanya.

SALAM AIDILADHA
5.2K views00:02
Open / Comment
2024-06-16 03:02:02 Harini hari Arafah, jom submit doa banyak-banyak.

Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

Banyakkan zikir ini:-

 لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل قدير

(La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli shay in qadir

Semoga doa-doa kita dimakbulkan. Aamiin..
4.9K views00:02
Open / Comment
2024-06-15 06:31:22
its a fun night semlm, akhir bulan ni kita jumpa di bollywood night ok
4.9K views03:31
Open / Comment