Get Mystery Box with random crypto!

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Orang Ipoh! Korang t | Promo Travel Malaysia

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak.

Orang Ipoh! Korang tahu tak yang bunga 'Cats Claw Creeper' sekarang tengah berbunga, cantik gila! Satu lagi spot ambil gambar yang boleh bagi korang feeling-feeling dekat luar negara.

Sebenarnya, fenomena pokok ini berbunga dengan lebat sampai macam ini jarang berlaku sebab pokok ini menjalar yang sukar untuk berbunga dan memerlukan suhu tinggi bagi mengeluarkan bunga.

Kalau cuaca kerap panas, mungkin korang akan dapat tengok bunga ini sampai 3 bulan, tapi kalau kerap hujan, bunga akan jatuh.

Majlis Bandaraya Ipoh menanam bunga ini pada tahun 1999 dan hanya 14 tahun kemudian pokok ini berbunga iaitu pada tahun 2013.

Orang Ipoh, moh fefeeling oversea, pokok ini ada dekat seberang tau! Korang kena naik bot.

: Media Viral Perak

#rileklah #ipoh #viral #cuticutimalaysia #DreamNowTravelLater #perak