Get Mystery Box with random crypto!

Glasshouse Fraser's Hill, Pahang. Cantik,kan? Rumah kaca ini | Promo Travel Malaysia

Glasshouse Fraser's Hill, Pahang.

Cantik,kan? Rumah kaca ini terletak di antara Jalan Lady Guillemard dan Jalan Valley.

Glasshouse Fraser's Hill ini sebenarnya merupakan sebuah kafe kecil yang sangat cozy dan best buat port lepak dengan member-member korang.

Selain dapat menikmati secawan kopi panas dan kek yang lazat, di sini korang juga boleh cuci mata tengok dan beli kaktus yang comel-comel.

Kalau nak bergambar OOTD memang nice giler tempat ni dan lepak di luar kafe juga membolehkan korang chill-chill hirup udara sejuk yang segar di Fraser's Hill.

Untuk aktiviti malam pula korang boleh tempah tempat ini untuk buat BBQ. Fun, kan! Lepas habis lockdown, kita pi nak...hehehe

ALAMAT:
Lot 1494, Jalan Lady Guillemard, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang.

: Adventure Republic

#rileklah #frasershill #pahang #cuticutimalaysia #DreamNowTravelLater