🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Ada menggelar masjid ini 'Masjid Rusia' sebagai mengambil insp | Promo Travel Malaysia

Ada menggelar masjid ini 'Masjid Rusia' sebagai mengambil inspirasi bentuk bangunan atau menara yang terdapat di Red Square, Moscow, Rusia dan tidak kurang juga yang menggelarkannya sebagai 'Masjid Aladin' disebabkan bentuk masjid serta kubahnya persis seperti buku kisah dongeng rakyat Timur Tengah, '1001 Malam'.

Bagi siapa yang sama ada mahu ke atau pulang dari Kuala Perlis, pasti tidak akan terlepas pandang sebuah masjid yang mempesonakan terutama kubah masjidnya yang berwarna seakan bungkusan coklat Hershey Kisses kegemaran ramai.

Rekaan masjid dan kubahnya juga diinspirasikan sendiri oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta menyediakan ruang solat yang mampu memuatkan antara 800 - 1,000 jemaah.

Pemandangan di ruangan luar masjid juga sebenarnya menghadap sawah padi yang menghijau. Cukup mempesonakan & mendamaikan jiwa

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (TSFPJ), Kuala Perlis, Perlis

#MaiPeghelih #VisitPerlis #GayaTravel #AksesMalaysia #PMNS #CutiCutiMalaysia