🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

[RESORT ALA BALI TERBARU DI TERENGGANU] Wow, cantik kan resor | Promo Travel Malaysia

[RESORT ALA BALI TERBARU DI TERENGGANU]

Wow, cantik kan resort terbaru yang terletak di Kampung Che Wan, Kijal, Kemaman, Terengganu ni!

Mengetengahkan konsep ala Bali dan kampung -- terdapat 15 bilik keseluruhan untuk disewakan dengan harga RM200 (Hari Bekerja) & RM250 (Hujung Minggu & Cuti Sekolah) bagi 1 malam, termasuk sarapan untuk 2 orang.

Setiap unit penginapan mempunyai saiz yang sama, dilengkapi katil queen yang selesa untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Kesemua bilik menghadap kolam renang. Ada dua jenis kolam renang untuk dewasa & kanak-kanak.
Cottage ni terletak bersebelahan sungai yang mana tetamu juga boleh melakukan aktiviti berkayak, menjala atau memancing.

Malah, ia berdekatan juga dengan Pantai Penunjuk Kijal.

Kemudahan pit BBQ turut disediakan dan sesuai sangat untuk mengadakan hari keluarga di sini. Jom bercuti tahun baru ini!

Nipoh Beach Cottage, 287-2 Kampung Che Wan, Kijal, Kemaman, Terengganu
014-292 4547

Artikel penuh baca sini: https://bit.ly/3iyfLQW