Get Mystery Box with random crypto!

[NAMA KEDAI 'KOPI BURUK' TAPI PORT MAKAN INSTAGRAMMABLE DI TER | Promo Travel Malaysia

[NAMA KEDAI 'KOPI BURUK' TAPI PORT MAKAN INSTAGRAMMABLE DI TERENGGANU ]

Kalau nak kan suasano sarapan pagi zaman dulu kala, korang boleh singgah ke Kedai Kopi Buruk yang baru dibuka pada 14 Januari lalu.

Menjamu selera di Kedai Kopi Buruk ini pastinya membawa korang mengimbau kembali nostalgia sekitar zaman 70-an.

Menurut pemiliknya, nama kedai itu diberikan kerana beliau gemar mengumpul barang-barang lama yang mempunyai nilai sentimental sebagai koleksi peribadi.

Daripada seorang peminat serta pengumpul barang 'old school' (vintage), beliau mengubah hobinya itu kepada kedai kopi yang menawarkan pelbagai menu sarapan pagi hingga minum petang.

Antara menu yang korang wajib cuba kat sini ialah mee kari, nasi putih ayam cincang, laksa, laksam, lempeng nyior, roti bakar, roti telur goyang, keropok goreng, kopi butter dan semestinya kopi buruk!

Kedai Kopi Buruk, 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, Terengganu

9 pagi - 6 petang (Tutup Jumaat)