Get Mystery Box with random crypto!

['HIDDEN WATER PARK' DI PUSAT SAINS NEGARA] Siapa sangka sebe | Promo Travel Malaysia

["HIDDEN WATER PARK" DI PUSAT SAINS NEGARA]

Siapa sangka sebenarnya di Pusat Sains Negara ada sebuah taman air yang tak ramai tahu kewujudannya.

Tapi rupa-rupanya water park yang diberi nama 'Water Plaza' ini adalah PERCUMA sahaja jika anda dah membeli tiket masuk ke Pusat Sains Negara.

Taman air ini terletak di kawasan halaman luar bangunan Pusat Sains Negara dan mempunyai zon pameran outdoor seperti Taman Herba, Zon Interaktif, Pocket Garden, Focal Point, Garden of Nature, Taman Prasejarah dan Laluan Interaktif.

Memang seronok kalau bawa anak-anak riadah ke sini, lepas dorang belajar kat dalam Pusat Sains Negara -- mesti dorang teruja dan seronok dapat pula berendam dan berenang-renang di taman air di luar bangunan!

Lepas ni dah tak payah nak susah-susah bawa dorang mandi pool di hotel atau taman tema air yang mahal-mahal, pergi sini je 2 in 1 lagi! Best, kan! Jom bawa anak-anak cuti sekolah ni....

Pusat Sains Negara, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, KL