Get Mystery Box with random crypto!

2021|13 September Seorang pemain gasing melemparkan gasingnya | 🧚‍♀ Our Vibes 🧚‍♀

2021|13 September

Seorang pemain gasing melemparkan gasingnya ke dalam bulatan di atas tanah. Semua orang riuh menyaksikan perlawanan sengit itu.

Ada yang menyorak, ada yang gembira, ada yang berdoa. Sehinggakan ada yang pejam mata takut nak melihat hasil perlawanan.

Selang beberapa minit, satu persatu gasing pihak lawan tumbang bersujud bumi. Yang tinggal cuma satu sahaja gasing yang masih segar berpusing di dalam bulatan.

Masing-masing bersorak sebagai tanda kemenangan, gasing pemuda terakhir tadi menjadi tumpuan.

Bila ditemuramah, apakah prinsip kejayaan pemuda tersebut?

Dia menjawab; "Putaran hidup kita ni seperti gasing, pasti akan berhenti jua. Tapi mati yang lebih bermaruah, kita mati dalam bulatan.

Begitu juga dengan kita, selagi kita hidup, teruskan berusaha. Yang penting pengakhiran hidup kita masih dalam agama. Dan itu sebenar-benar berjaya."

@OurVibes