Get Mystery Box with random crypto!

Sempena Malam Nisfu Syaaban, usaha untuk minta pada Allah. 1 | PemburuDuitHP

Sempena Malam Nisfu Syaaban, usaha untuk minta pada Allah.

1. Minta ampun dosa sejak akil baligh hingga kini.
2. Minta Allah terima amalan kita daripada akil baligh hingga kini.
3. Minta Allah pelihara kita daripada sekarang hingga mati.
4. Minta mati husnul khotimah.
5. Minta dicabut nyawa dengan mudah.
6. Minta roh tak meronta ketika nyawa dicabut.
7. Minta Izrail berlembut dengan kita.
8. Minta jangan jenazah meronta-ronta ketika jenazah diusung.
9. Minta tidak gementar ketika jenazah masuk kubur.
10. Minta lidah tidak kelu bila disoal dalam kubur.
11. Minta tidak disoal dalam kubur.
12. Minta tidak dihimpit kubur.
13. Minta diampun dosa mak ayah, nenek moyang, adik beradik, anak-anak dan pasangan kita.
14. Minta dibangkit di Mahsyar dengan selamat, tidak bermuka keldai atau babi.
15. Minta peluh tidak banyak ketika matahari sejengkal atas kepala.
16. Minta makanan, minuman dan pakaian di Mahsyar.
17. Minta dalam hingar bingar di Mahsyar, kita dapat berkumpul dengan ahli keluarga.
18. Minta hisab yang mudah.
19. Minta mizan yang berat.
20. Minta sirat yang cepat.
21. Minta dapat minum di 'huut' Nabi ﷺ
22. Minta Allah ampun dosa kita pada sahabat-sahabat yang kita tidak berani untuk meminta maaf dan Allah lembutkan hati dia untuk memaafkan kita.
23. Minta pada Allah agar kita dapat kembalikan hak orang.
24. Minta masuk Jannah dengan rahmat Allah.