Get Mystery Box with random crypto!

Kekayaan yang dimiliki Ronaldinho sebelum ini tidak boleh dina | PemburuDuitHP

Kekayaan yang dimiliki Ronaldinho sebelum ini tidak boleh dinafikan lagi.

Sumber data dari Forbes pernah menyatakan bahawa Ronaldinho sebagai pemain bola sepak paling tertinggi menerima pembayaran gaji pada tahun 2007 dengan anggaran pendapatan sebanyak $29.5 juta (RM96 juta).

Nasib malang menimpa pemain bola Ronaldinho, dari gaji RM540,000 seminggu kini hanya ada RM27 dalam kocek seluar!

Betul kata guru kewangan Fiza, ukuran kekayaan seseorang itu bukan berapa banyak gaji yang diterima, tapi berapa banyak yang kita simpan.

Walaupun makan gaji, uruslah duit gaji tu seolah-olah tak ada gaji tetap.

Walaupun mungkin kerja tu terjamin, tapi tak ada jaminan kita mampu terus bekerja.

Perbanyakkan simpanan, dan kurangkan hutang.

Mereka yang ada masalah kewangan selalunya bukan sebab gaji kecil, tetapi sebab tak ada simpanan yang cukup dan banyak hutang.

Itulah punca sebenar tekanan kewangan.

Mereka yang gaji biasa-biasa, hidup pun biasa-biasa tapi ada simpanan yang cukup dan hutang yang minimum, hidup mereka jauh lebih senang dan tenang.

Maksudnya walaupun gaji besar sekarang, belajarlah "hidup di bawah kemampuan" dan belajarlah menikmati hidup yang lebih sederhana.

Walau gawat macam mana sekalipun ekonomi, orang begini selalunya boleh survive, insyaAllah.

Mulai bulan April ini ramai yang akan dapat keluarkan EPF RM10,000 dari akaun masing-masing.

Gunakanlah duit dengan bijak dan berhemah gais..!!!