Get Mystery Box with random crypto!

Kisah menghalalkan hutang 80K selepas 3 tahun lamanya . Tak mu | QuoteTalks

Kisah menghalalkan hutang 80K selepas 3 tahun lamanya . Tak mudah . Tapi alhamdulillah Allah permudahkan .

Selepas 3 tahun tiba-tiba ‘dia’ muncul balik . Kalau diingat cerita dulu memang perit sangat . Perit tu kenapa ? Dah la duit ditipu , bila Syu nak up cerita tentang kena scam dengan company dia , dia failkan saman malu . Sedangkan tujuan Syu tulis adalah supaya orang lain alert and tak kena tipu oleh dia . And yes , rupanya ramai yang kena tipu sampai beratus ribu pun ada .

So apa jadi selepas dia saman Syu ? Of course Syu bayar lawyer to protect me . Instead of dia nak bayar hutang dia pada Syu, dia sanggup bayar lawyer untuk saman Syu. Ya Allah, sakit hati tu tuhan je yang tahu . Then kes berjalan , but tiba-tiba lawyer dia tarik diri taknak fight . But still , Syu dah pun berhabis lagi sebab bayar lawyer .

Then , masa berganti masa , hari berganti hari . Selepas 3 tahun , Syu dapat whatsapp dia . I was so shocked . Syu tahu apa yang jadi kat dia lepas terperangkap dengan hutang yang banyak. Orang berhutang ni memang takkan hidup senang bukan je kat dunia , akhirat jugak mereka takkan terlepas .

At first Syu marah sangat kat dia . Syu bagitau apa yang dia buat kat Syu tu memang sangat2 tak baik . Then Syu ignore je whatsapp dia , bimbang makin balas takut Syu terkeluar ayat2 yang tak sepatutnya .

I called my ustaz . Syu tanya apa yang Syu kena buat . Syu bagitau Syu susah nak halalkan duit tu tapi Syu jugak taknak continue bisness tu balik. Syu sangat takut kalau berhubungan lagi , akan datang lebih banyak masalah . And seriously , Syu taknak dah apa-apa masalah dengan manusia .

Ustaz bagitau ”Syuhada , tarik nafas dalam-dalam and bagitau dia SAYA HALALKAN SEMUANYA DUNIA AKHIRAT”. At first , susah Syu nak terima . Then ustaz kata , last few weeks baru je belajar Surah Al-Insyirah. Dan 2 ayat dalam surah tu ada sebut

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

“Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Maksudnya di sini , nak halalkan satu hutang yang besar tu memang sukar . Tapi kalau kita manusia yang percaya dengan Al-Quran , yakinlah dalam hati bahawa setiap kesukaran itu akan ada kemudahan atau rezeki yang lebih besar Allah akan bagi. Ustaz sambung lagi “Selepas doa , mintak pada Allah moga Allah gantikan yang lebih baik selepas ni”.

Seriously , serentak jatuh air mata ni masa ustaz bagitau tu . Bukanlah berdendam , cuma bila orang buat jahat kat kita of course kita rasa sakit hati kan ? Cuma itulah, bila sakit hati, memang kita susah nak tenang . So alhamdulillah today Syu berjaya overcome my ego and bagitau dia yang Syu dah halalkan kesemua hutang dan setiap perbuatan yang dia buat tu. Seriously takde sekelumit dendam dah and trust me “This is the best feeling ever”

So my advice :

1. Jangan ajar diri berhutang atau ambik duit orang. Hidup takkan senang dan tenang. Sentiasa akan ada masalah hidup sampai satu tahap kita rasa hidup ni terlalu susah .

2. Percaya yang setiap kesusahan tu akan ada hikmahnya . Syu sangat percaya apalah sangat 80K tu dibanding dengan ganjaran yang Allah nak bagi .

3. Nak memaafkan orang tu memang susah . But once you dapat memaafkan orang , insyaAllah u akan dapat satu ketenangan yang luar biasa . Sebab tu orang kata , orang yang paling kuat adalah orang yang dapat memaafkan orang yang buat jahat kat dia.

Sorry terpanjang pulak coretan Syu malam ni . Syu tulis ni bukan sebab nak bagitau yang Syu ni baik, no jauh sekali . Syu tahu yang ramai dalam dilema perasaan sebab orang berhutang pastu tak bayar, dan kita pulak susah hati mengharapkan orang bayar balik sampaikan jadi gaduh-gaduh, menyumpah mencerca and hati sendiri tak tenang . So yes maybe u dapat sesuatu dari my story. Doa selalu, insyaAllah Allah bantu.

psttttt As usual, yang baik korang boleh ambik , yang tak baik jangan ambik ok

DAN SELEPAS KESUSAHAN , PASTI AKAN ADA KEMUDAHAN, PASTI AKAN DIGANTIKAN DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BAIK DARI ALLAH . yakin tu !

Love,
syusyu.

@QuoteTalks