Get Mystery Box with random crypto!

Sepatutnya lagi lama tempoh perkahwinan, lagi rapat kita denga | QuoteTalks

Sepatutnya lagi lama tempoh perkahwinan, lagi rapat kita dengan pasangan...

Sebaliknya, lagi lama tempoh tu, lagi renggang kita dengan pasangan...

Tahu tak kenapa...?

Ada perkahwinan yg masih bertahan sehingga ke hari ini hanya atas dasar tanggungjwb sahaja...bukan dasar rasa syg, rasa cinta terhadap pasangan...tapi semata2 tanggungjwb utk membesarkan anak dlm keadaan dia ada ibubapa mcm org lain dan tak nak anak tu terjejas ataupun terkesan jika dia ambik keputusan utk berpisah dengan pasangan...

Mereka yg berpegang kpd alasan ini, kebiasaannya dia hanya tumpu pada dirinya sendiri...pasangan nak buat apa, jd mcm mana, terpulanglah pada dia...dia bahagiakan perasaan sendiri, dia gembirakan hati sendiri...

Majoriti orang makin renggang dlm hubungan sebab banyak makan hati...makan hati dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangan sendiri...

Bukan baru sebulan dua pasangan jd mcm tu, tapi dah bertahun2 dan xnmpk perubahan langsung utk berubah...

Perbuatan yg menyakitkan hati, kata2 yg melukakan hati dan perangai yg membuatkan hati jadi tawar-setawarnya...

Dia fokus kpd amal ibadatnya, dia perbaiki hubungan dgn Allah, dia cari syurga dan jadi solehah dengan caranya sendiri dan bukan kerana pasangannya...

Sebab tu ada org lama dah berkahwin, tp tak rapat dan mesra pun dgn pasangan sendiri...

Masing2 bawa haluan sendiri walaupun tinggal dibawah satu bumbung...

Kredit Penulisan : Firdaus Shakirin

@QuoteTalks