Get Mystery Box with random crypto!

SEBENARNYA UNTUK DIRI SENDIRI Bila orang buat aniaya pada k | Rahsia Rezeki Melimpah69

SEBENARNYA UNTUK DIRI SENDIRI

Bila orang buat aniaya pada kita, kita sabar sebab kita yakin ALLAH tu ada. Memang bukan mudah melupakan luka yang mereka tusukkan dulu. Namun, andai kita mampu walaupun sekadar buat2 lupa memang amatlah baik. Kalau kita bertuah, kita akan dapat lihat bagaimana ALLAH tegur mereka. Pegang kata-kata ni.. dunia ini bulat dan ALLAH sentiasa mengawasi hambaNYA.

Biasanya, orang yang berbuat jahat kepada kita, dia bukan berniat. Kadang spontan, tak fokus, celaru, kalut, tak sengaja. Sebab itu mereka lupa.Tapi kita yang terasa, memang pedih. Apabila terlalu banyak fikir tentang apa orang cakap, apa orang fikir dan apa orang akan buat tentang perkara yang ingin kita lakukan, kita akan terlupa kepada diri kita sendiri. Lalu terus tak berbuat apa-apa dan rugi.

Jika kejahatan di balas kejahatan, itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu sifat mulia dan terpuji. Jangan samakan kita dengan 'mereka'. The best revenge is not to be like your enemy~(Marcus Aurelius)

Kita maafkan mereka bukan disebabkan mereka mahukannya atau kerana mereka layak untuk dimaafkan. Kita maafkan mereka kerana kita mahu berada dalam senarai orang-orang yang bertakwa.

T.me/RahsiaRezkiMelimpah
Fb.me/rahsiarezkimelimpah769