Get Mystery Box with random crypto!

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِ | Rahsia Rezeki Melimpah69

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Di zaman kita sekarang ini zaman orang panas baran. Orang lebih mengedepankan sikap panas baran berbanding sikap lemah-lembut. Anasir di sekeliling mengundang untuk kita lebih mengedepankan emosi berbanding diam. Mulakan bersikap lemah-lembut dengan diam terlebih dulu. Usaha untuk tidak mudah melenting bila diusik.

Bila ada rasa nak marah, fikir dulu. Aku marah ini atas tindakan apa? Adakah sebabnya untuk marah itu benar? Jadilah kita orang yang lemah-lembut. Orang yang lemah-lembut senyum ketika dia marah. Cuba... Kalau boleh.

Tapi ini memang yang diajar Rasulullah ﷺ. Sampai bila kita akan jadikan semua ini kisah indah yang kita dengar, tanpa ada praktikalnya dengan kita? Kalau tidak kita hanya sekadar menjadi pembaca setia, bukan pelaksana kepada apa yang kita dengar. Fahimtum?

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

T.me/RahsiaRezkiMelimpah
Fb.me/rahsiarezkimelimpah769