Get Mystery Box with random crypto!

Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah

Logo of telegram channel ramadanrecaps — Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah R
Logo of telegram channel ramadanrecaps — Ramadan Reruns by Ustadha Sumayyah
Channel address: @ramadanrecaps
Categories: Religion
Language: English
Subscribers: 195

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages

2023-04-15 21:10:11 Audio from Dr Sumayyah
14 views18:10
Open / Comment
2023-04-15 21:00:12 Audio from Dr Sumayyah
15 views18:00
Open / Comment
2023-04-15 20:54:31 Ya Allah bagi siapa saja yang mengirim doa ini kepada orang ramai, ya Allah ampunilah dosanya, mudahkan urusannya, lepaskanlah dirinya daripada kesulitan, langsaikan hutang-hutangnya, sembuhkan penyakit-penyakitnya, dan jadikanlah kemudahan pada setiap kesulitan yg dihadapinya. Perkenankanlah ya Allah Rabb sekalian alam. Dan berselawatlah ya Allah ke atas junjungan kita Muhammad ahli keluarga baginda dan sahabat- sahabatnya yang suci. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

اللهم قدر لي الخير حيث كان وارزقني به، إنك على كل شيء قدير.

Ya Allah takdirkan bagiku kebaikan pada apa jua masa dan keadaan, rezekikanlahku dengannya (kebaikan). Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap- tiap sesuatu.

Terjemahan: Ustazah Kautsarul Jannah Banaat Yusufi

p/s: Tetaplah kekalkan momentum ibadah di akhir Ramadan. Meskipun jika terlihat Lailatul Qadar telah berlalu, namun Pemilik Lailatul Qadar itu tak pernah berlalu. Jadikan tiap detik hidupmu merupakan al Qadar, ketetapan pertemuanmu dengan Kekasih swt. - Sheikhuna-
16 views17:54
Open / Comment
2023-04-15 20:54:31 segala musibah ini.

يا من إذا دعي أجاب، يا سريع الحساب، يا رب الأرباب، يا عظيم الجناب، يا كريم يا وهّاب، رب لا تحجب دعوتي، ولا ترد مسألتي، ولا تدعني بحسرتي، ولا تكلني الى حولي وقوّتي
وارحم عجزي، فقد ضاق صدري، وتاه فكري، وتحيّرت في أمري، وأنت العالم سبحانك بسري وجهري، المالك لنفعي وضري، القادر على تفريج كربي، وتيسير عسري.

Wahai Allah yang apabila dimohon kepadaNya maka pasti diperkenankan, wahai yang cepat pula perhitunganNya, wahai Penguasa atas sekalian penguasa. Wahai yang memiliki sisi kedudukan yang agung. Wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Kurnia. Ya Rabb jangan Kau hijab permohonanku, jangan Kau tolak permintaanku, dan jangan Kau biarkanku dengan kesulitanku, jangan Kau biarkanku bersandar pada daya dan kekuatanku, kasihanilah aku yang lemah ini, sungguh telah sempit dadaku, hilang akalku, hingga aku sendiri bingung dalam urusanku, sedang Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Suci Engkau yang mengetahui apa yg rahsia tersembunyi dariku dan yang nyata padaku, yang memiliki segala manfaat padaku dan mudarat diriku, yang maha Kuasa melepaskan kesulitanku, dan yang mempermudahkan kesusahanku. Wahai Allah yang apabila dimohon kepadaNya maka pasti diperkenankan, Wahai Allah yang cepat pula perhitunganNya, Wahai Allah, Penguasa atas sekalian penguasa. Wahai Allah yang memiliki sisi kedudukan yang agung. Wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Kurnia. Ya Rabb jangan Kau hijab permohonanku, jangan Kau tolak permintaanku, dan jangan Kau biarkanku dengan kesulitanku, jangan Kau biarkanku bersandar pada daya dan kekuatanku, kasihanilah aku yang lemah ini, sungguh telah sempit dadaku, hilang akalku, hingga aku sendiri bingung dalam urusanku, sedang Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Suci Engkau yang mengetahui rahsia yang tersembunyi dariku dan yang nyata padaku, yang memiliki segala manfaat padaku dan mudarat diriku, yang Maha Kuasa melepaskan kesulitanku, dan yang mempermudahkan kesusahanku.

اللهم احينا في الدنيا مؤمنين طائعين، اللهم ارحم تضرعنا بين يديك، وقوّمنا اذا اعوججنا، وقوينا اذا استقمنا، وكن لنا ولا تكن علينا.

Ya Allah hidupkanlah kami di dunia ini sebagai hamba yang mukmin dan taat, ya Allah kasihanilah kami yang bersandar kepadaMu yang berada di antara kedua tanganMu (di bawah kekuasaanMu), luruskanlah kami tika kami bengkok, kuatkanlah kami tika kami telah istiqamah, jadilah hujah bagi kami dan janganlah Kau menjadi hujah ke atas kami.

اللهم نسألك يا غفور يا رحمن يا رحيم أن تفتحi لأدعيتنا أبواب الإجابة. يا من إذا سأله المضطر أجاب، يا من يقول للشيء كن فيكون.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu wahai Yang Maha Pengampun, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang agar Engkau membukakan pintu-pintu pengabulan kepada doa-doa kami. Wahai Allah yang ketika orang-orang yg dalam kesulitan meminta kepadaNya pasti diperkenankan, Wahai Allah yang tika Dia mengatakan kepada sesuatu jadilah, maka pasti terjadi.

اللهم لا تردنا خائبين، وآتنا افضل ما يؤتى عبادك الصالحين،
اللهم ولا تصرفنا عن بحر جودك خاسرين، ولا ضالين، ولا مضلين، واغفر لنا ولوالدينا ولموتانا وموتى المسلمين أجمعين إلى يوم الدين، برحمتك يا أرحم الرحمين.

Ya Allah jangan Kau tolak permohonan kami hingga kami berputus asa. Berikanlah kepada kami sebaik-baik pemberian yang telah Kau berikan kepada hamba-hambaMu yg soleh. Ya Allah, jangan Kau palingkan kami dari lautan kurniaMu hingga kami menjadi orang yang rugi, sesat, dan menyesatkan. Ampunilah kami, kedua ibu bapa kami, dan yang telah meninggal dunia dalam kalangan kami, dan orang-orang muslimin seluruhnya hingga hari pembalasan, dengan rahmatMu ya Allah Yang Maha Pengasih di antara sekalian yang mengasihani.

اللهم آمين. وصلِ اللهم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا.

Ya Allah perkenankanlah. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Muhammad saw ke atas ahli keluarga dan para sahabat keseluruhannya dengan sebanyak-banyak salam kesejahteraan.

اللهم من قام بإيصال هذا الدعاء للناس، اللهم فاغفر ذنبه ويسر أمره، وفرج همه، واقض دينه، واشف مريضه ، واجعل له من كل عسر يسر، آمين رب العالمين وصل اللهُمَّ على سيدنا محمّدٍٍ وآله وصحبه الطاهرين. وإنك على كل شيء قدير.
12 views17:54
Open / Comment
2023-04-15 20:54:31 Ya Wadud Ya Wadud Ya Wadud (Wahai Allah yang memiliki cinta dan kasih sayang). Wahai Sang Pemilik Arasy yang agung. Wahai Allah yang memulakan penciptaan dan Yang Maha Mengembalikan. Wahai Allah yang berbuat apa sahaja yang dikehendakiNya.

أسألك بنور وجهك الذي ملئ أركان عرشك، وأسألك بقدرتك التي قدرت بها على جميع خلقك، وأسألك برحمتك التي وسعت كل شيء، لا إله إلا أنت.

Aku bermohon kepadaMu dengan cahaya wajahMu yang memenuhi tiap penjuru arasyMu. Aku bermohon kepadaMu dengan kekuasaanMu yang dengannya Kau takdirkan ke atas segala makhlukMu, aku bermohon kepadaMu dengan rahmatMu yg meliputi segala sesuatu. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau.

يا مغيث أغثنا
يا مغيث أغثنا
يا مغيث أغثنا

Wahai Allah Yang Memberi Pertolongan, tolonglah kami.

Wahai Allah Yang Memberi Pertolongan, tolonglah kami.

Wahai Allah Yang Memberi Pertolongan, tolonglah kami.

استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه
استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه
استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

Aku memohon keampunan kepadaMu ya Allah yang Maha Agung, yang tiadalah Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup Berdiri Sendiri, aku bertaubat kepadaMu.

Aku memohon keampunan kepadaMu ya Allah yang Maha Agung, yang tiadalah Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup Berdiri Sendiri, aku bertaubat kepadaMu.

Aku memohon keampunan kepadaMu ya Allah yang Maha Agung, yang tiadalah Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup Berdiri Sendiri, aku bertaubat kepadaMu.

اللهم إنا نسألك زيادة في الدين وبركة في العمر وصحة في الجسد وسعة في الرزق وتوبة قبل الموت وشهادة عند الموت ومغفرة بعد الموت وعفوا عند الحساب وأمانا من العذاب ونصيبا من الجنة وارزقنا النظر إلى وجهك الكريم.

Ya Allah sesungguhnya kami bermohon kepadaMu penambahan dalam agama, keberkatan 4dalam umur, kesihatan pada tubuh badan, keluasan dalam rezeki, taubat sebelum kematian, penyaksian semasa menghadapi saat kematian, keampunan sesudah kematian, kemaafan ketika hari perhitungan, keselamatan daripada azab, dan keuntungan daripada syurga, dan rezekikanlah kami memandang kepada wajahMu (zatMu) yang mulia.

اللهم ارحم موتانا واشفي مرضانا، اللهم منك الفرج واليك الفرج، اللهم من اعتز بك فلن يذل، ومن اهتدى بك فلن يضل
ومن استكثر بك فلن يقل، ومن استقوى بك فلن يضعف، ومن استغنى بك فلن يفتقر، ومن استنصر بك فلن يخذل، ومن استعان بك فلن يغلب، ومن توكل عليك فلن يخيب، ومن جعلك ملاذه فلن يضيع، ومن اعتصم بك فقد هدي إلى صراط مستقيم.

Ya Allah, rahmatilah kematian kami, sembuhkanlah penyakit kami. Ya Allah, daripadaMu pertolongan dan kepadaMu kembali segala pertolongan. Ya Allah, siapa pun yang memiliki kemuliaan denganMu maka dia tidak akan pernah hina, barangsiapa yang meminta petunjuk denganMu maka dia tidak akan pernah tersesat, barangsiapa yang meminta diperbanyakkan sesuatu maka dia tidak akan pernah merasa kurang, barangsiapa yang memohon kekuatan denganMu maka dia tidak akan pernah lemah, barangsiapa yang merasa cukup denganMu maka dia tidak akan pernah fakir (kepada selainMu), barangsiapa yang memohon kemenangan denganMu takkan pernah terhina, siapa yang meminta pertolongan denganMu tidak akan pernah kalah, dan siapa pun yang menjadikanMu tempat sandarannya, maka dia tidak akan pernah disia-siakan. Barangsiapa yang berpegang denganMu maka sungguh Dia telah diberi petunjuk kepada jalanMu yg lurus.

اللهم فكن لنا وليا ونصيرا، وكن لنا معينا ومجيرا، إنك كنت بنا بصيرا.

Ya Allah, maka jadilah wali pelindung dan penolong bagi kami. Jadilah pemberi bantuan dan penyelamat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang benar- benar melihat dan mengetahui keadaan kami.

ربي عبادك قد ضاقت بهم الأسباب وأغلقت دونهم الأبواب وبعد عن جادته الصواب، وزاد بهم الهم والغم والاكتئاب، وانت المرجوّ، سبحانك لكشف هذا المصاب.

Wahai Rabbku, hambaMu telah merasa disempitkan dengan seluruh asbab yg diambilnya, dan telah ditutupi bagi mereka segala pintu, dijauhkan daripada mereka kesungguhan dalam berbuat pahala, bertambah pula resah gelisah dan keluh kesah mereka, maka Engkaulah yang diharapkan (mengubatinya) Maha suci bagiMu yang dapat mengangkat
10 views17:54
Open / Comment
2023-04-15 20:54:30 Ya Allah, sesungguhnya kami berdoa kepadaMu dengan doa orang-orang yang berlutut kepadaMu, yang merendahkan jasadnya kepadaMu, yang hidungnya (nafasnya) menghembus namaMu, yang memenuhi kedua matanya denganMu. Wahai Allah yang menjawab permohonan orang-orang yang kesulitan ketika mereka bermohon kepadaNya. Wahai Allah yang menjawab permohonan orang-orang yang kesulitan ketika mereka bermohon kepadaNya. Wahai Allah yang menjawab permohonan orang-orang yang kesulitan ketika mereka bermohon kepadaNya. Wahai Allah yang menyingkapi keburukan (berpaling daripadanya) terhadap siapa-siapa yang menyeru kepadaNya.

يا ربنا اجعل خير أعمارنا آخرها، وخير أعمالنا خواتيمها، وخير أيامنا يوم أن نلقاك، واغننا بفضلك عمن سواك. اللهم ارزقنا شفاعة سيدنا محمد عليه أفضل الصﻻة والسﻻم، وأوردنا حوضه، واسقنا من يده الشريفة شربة هنيئة لا نظمأ بعدها أبدا. اللهم كما آمنا به ولم نره فلا تفرق بيننا وبينه حتى تدخلنا مدخله. اللهم اجزه عنا خير ما جزيت به نبياً عن قومه، ورسولا عن أمته، برحمتك يا أرحم الراحمين.

Wahai Rabb kami, jadikanlah yang terbaik daripada umur kami itu pada pengakhirannya, sebaik-baik amal kami adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik hari bagi kami adalah hari bertemunya kami denganMu, dan cukupilah kami dengan kurniaan-kurniaanMu sehingga kami tidak lagi memerlukan kepada selainMu. Ya Allah rezekikanlah kami syafaah junjungan kami Muhammad ke atas baginda sebaik-baik selawat dan salam, sampaikan kami kepada telaga baginda (al Kauthar), dan berilah kami minum daripada tangan baginda yg mulia dengan minuman yang pasti memuaskan sehingga kami setelah itu tidak lagi akan kehausan buat selama-lamanya. Ya Allah sebagaimana kami beriman kepada baginda Nabi dalam keadaan kami tidak pernah melihatnya, maka janganlah Kau pisahkan di antara kami dengannya sehinggalah dimasukkan kami (bersama Baginda) menerusi pintunya (Nabi saw). Ya Allah balasilah baginda Nabi dengan kebaikan atas apa yang telah dilakukan untuk kami sebagaimana kebaikan yang telah Engkau berikan kepada Nabi daripada kaumnya, Rasul daripada umatnya, dengan rahmatMu wahai yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi

اللهم كما بلغتنا رمضان، نسألك يا الله أن تجعلنا ممن وفق لقيام ليلة القدر وأن تجعلنا ممن وفق لدعاء في ليلة القدر وأن تجعلنا ممن استجيب دعائه. اللهم ارزقنا خيرها، وعفوها، وكرمها، وفضلها، يا الله، يا الله، يا الله. ربي إني طرقت بابك فإفتح لي أبواب سمواتك، وأجرني من عظيم بلائك.

Ya Allah sebagaimana telah Engkau sampaikan kami kepada Ramadan, maka kami bermohon kepadaMu ya Allah agar menjadikan kami sebahagian dari mereka yang Engkau terima untuk membangunkan ibadah di malam al Qadar, dan golongkanlah kami dalam kalangan orang yang diberi taufiq untuk berdoa pada malam al Qadar, dan masukkanlah kami bersama orang yang Engkau makbulkan doanya. Ya Allah, kurniailah kami kebaikan padanya (di malam al Qadar), kemaafan padanya, kemuliaan padanya, kurniaan keagungan padanya. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Wahai Rabbku. Sesungguhnya aku telah mengetuk pintuMu maka bukakanlah untukku pintu langitMu, dan peliharalah aku dari besarnya balaMu.

اللهم يا مسخر القوي للضعيف، ومسخر الجن لنبينا سليمان، ومسخر الطير والحديد لنبينا داود، ومسخر النار لنبينا إبراهيم، سخر لي عبادك الطيبين من حولي، وسهل لي أموري، وأرزقني من حيث لا أحتسب. ربي بحولك وقوتك و عزتك و قدرتك أنت القادر علي ذلك وحدك لا شريك لك.

Wahai Allah yang mempermudah kekuatan bagi orang yg lemah, yang menundukkan jin bagi Nabi kami Sulaiman, yang menundukkan burung dan besi kepada Nabi kami Daud, yang menundukkan api kepada Nabi kami Ibrahim, maka permudahkanlah bagi ku (mendekat kepada) hamba2Mu yang baik yang ada di sekelilingku, permudahkan urusanku, dan rezkikanlah ku dengan rezki yang tak disangka2. Ya Rabbku dengan dayaMu, kekuatanMu, kemuliaanMu, kekuasaanMu. Engkaulah Maha Kuasa atasku kerana Engkau itu yang satu tiada sekutu bagiMu.

يا ودود يا ودود ، ياذا العرش المجيد ، يا مبدئ يا معيد، يا فعالا لما يريد.
7 views17:54
Open / Comment
2023-04-15 20:54:30 Ya Allah jadikanlahku pada malam ini sebagai sebahagian daripada orang-orang yang mendapatkan pandanganMu lalu Engkau mengasihinya, dan daripada orang-orang yang Kau mendengarkan doanya lalu Kau memperkenankannya

اللهم أسألك في هذه الليلة أسرارها وأنوارها وبركاتها أن تتقبل ما دعوتك به وأن تقضي حاجتي يا أرحم الرحمين.

Ya Allah aku memohon segala rahsia, cahaya, dan keberkatan pada malam ini agar Engkau menerima permohonanku kepadaMu dan menyempurnakan segala hajatku wahai Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi.

اللَّهُمَّ لَا تَدَعْ لَنَا يَا رَبَّنَا فِي هَذِهِ الَّيْلَةِ العَظِيْمَةِ ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ، وَلَا مَرِيْضًا إِلَّا شَفَيْتَهُ، وَلَا مَيْتًا إِلَّا رَحِمْتَهُ، وَلَا دُعَاءً إِلَّا
اسْتَجَبْتَهُ، وَلَا تَائِباً إِلَّا قَبِلْتَهُ، وَلَا عَارِيًا إِلَّا كَسَوْتَهُ، وَلَا فَقِيْرًا إِلَّا أَغْنَيْتَهُ، وَلَا مُؤمِنًا إِلَّا ثَبَتَهُ، وَلَا مُؤمِنًا إِلَّا ثَبَتَهُ، وَلَا مُؤمِنًا إِلَّا ثَبَتَهُ، وَلَا طَالٍبًا إِلَّا وَفَّقْتَهُ، وَلَا عَاصِيًا إِلَّا هَدَيْتَهُ، وَلَا مَظْلُومًا إِلَّا نَصَرْتَهُ، وَلَا عَدُوًّا إِلَّا خَذَلْتَهُ وَلَا عَدُوًّا إِلَّا أَهْلَكْتَهُ، وَلَا حَاجَةً مِّنْ حَوَائِجِ الدُّنيَا وَالآخِرَةِ هِيَ لَكَ فِيْهَا رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلَاحُ إِلَّا قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا بِرَحْمَتِكَ.

Ya Allah jangan Engkau biarkan bagi kami wahai Rabb kami berada di malam yang agung ini dalam keadaan berdosa melainkan Kau ampuninya, dalam keadaan sakit melainkan Kau berikan kesembuhan, dalam keadaan menemukan kematian melainkan Kau rahmatinya, dengan berharap tiada doa permohonan melainkan diberi kabul dariMu terhadapnya, tiada lagi kefakiran melainkan Kau kayakan dengan kecukupan, dan tiada lagi seorang pun Mukmin melainkan Kau tetapkan hatinya, dan tiada seorang pun Mukmin melainkan Kau teguhkan hatinya, dan tiada seorang pun Mukmin melainkan Kau kuatkan hatinya, tiada yang bertelanjang melainkan Kau pakaikannya dengan pakaian, tiada yang meminta melainkan Engkau memenuhinya dengan taufiqMu, tiada lagi yang bermaksiat melainkan Engkau memberinya petunjuk, tiada yang terzalimi melainkan Engkau menolongnya, tiadanya musuh melainkan Engkau hinakannya, tiadanya musuh melainkan Engkau binasakannya, dan tiada satu hajat di antara sekalian hajat yang ada sama ada hajat dunia dan akhirat keranaMu melainkan Engkau meredhainya, dan apa sahaja yang terkandung padanya kebaikan bagi kami melainkan dengan Engkau memenuhinya dan mempermudahkan jalannya dengan rahmatMu.

يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Wahai Allah Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi

Wahai Allah Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi

Wahai Allah Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi

يا قَاضِيَ الْحَاجَات.
يا قَاضِيَ الْحَاجَات.
يا قَاضِيَ الْحَاجَات.
يا مُجِيْبَ الدَّعَوَات.

Wahai Allah yang memenuhi segala hajat.

Wahai Allah yang memenuhi segala hajat.

Wahai Allah yang memenuhi segala hajat.

Wahai Allah yang mengabulkan segala doa permohonan.

اللَّهُمًّ يَا فَارِجَ الهَمِّ، يَا كَاشِفَ الغَمِّ، ياَ مُجِيْبَ دَعْوَةَ المُضْطَرِّيْنَ، لاَ يُخْفَى عَلَيْكَ شَيْءٌ مِّنْ أَمْرِنَا، نَسْأَلُكَ يَا رَبَّنَا مَسْأَلَةَ المَسَاكِيْنَ، وَنَبْتَهِلُ إِلَيْكَ يَا رَبَّنَا إِبْتِهَالَ الخَاضِعِ المُذْنِبِ الذَّلِيْلِ.

Wahai Allah yang melepaskan dari segala keresahan, Wahai Allah yang menyingkap segala kegelisahan, Wahai Allah yang menjawab permohonan orang-orang yang kesulitan, tidak tersembunyi daripadaMu suatu apa pun dari urusan kami, kami memohon kepadaMu wahai Rabb kami dengan permohonan orang-orang yang miskin (berhajat kepadaMu), dan Kami kembali tunduk kepadaMu ya Rabb kami dengan ketundukan dan kepatuhan hamba pendosa lagi hina.

اللَّهُمَّ نَدْعُوكَ دُعَاءً مَنْ خُضٍعَتْ لَكَ رُقْبَتُهُ، وذُلَّ لَكَ جِسْمُهُ، ورُغِمَ لَكَ أَنْفُهُ، وَفَاضَتْ لَكَ عَيْنَاهُ، يَا مَنْ يُجِيْبُ المُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ، يا من يجيب المُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ، يَا مَن يُجِيْبُ المُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ، ويَكْشِفُ السُّوْءَ عَمًَنْ نَادَاهُ.
7 views17:54
Open / Comment
2023-04-15 20:54:30 Bismillahirrahirrahmanirrahim. Malam ke 25 Ramadan. Doa yang bakal dikongsikan sedikit panjang, namun mudahan tak jemu lidah ini mengungkap doa dan munajat kepada Allah..



Doa beserta Terjemahan yang dikongsikan oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani Hafizahullah
(Ramadan 1422 H)

اللهم هَذِه الَّليْلَة القَدْر أَقْبَلَتْ فَاقْسِم لي فِيْهَا خَيْرَ مَا قَسَمْتَ، وَاخْتِمْ لِي فِي قَضَائِكَ خَيْرَ مَا خَتَمْتَ، وَاخْتِم لِيْ بِالسَّعَادَةِ فِيْمَنْ خَتَمْتَ.

Ya Allah, telah datangnya malam al Qadar, maka bahagikanlah untukku kebaikan yang telah Kau bahagi-bahagikan padanya, akhirilah bagiku padanya dengan sebaik pengakhiran daripadaMu, dan akhirilah ianya bagiku dengan kebahagiaan seperti orang yang telah Kau berikan kepadanya pengakhiran dengan kebahagiaan.

اللهم اجْعَل اسْمِي وذُرِّيَّتِي فى هذه الليلة من السُّعَدَاء،
وَرُوحِي مع الشُّهَدَاء، وَإحْسَانِى فِى عِلِّيِّينَ، وَإِسَاءَتِي مَغْفُورَة.

Ya Allah, jadikanlah namaku dan zuriat keturunanku pada malam ini tercatat dalam kalangan orang yang berbahagia, rohku bertempat bersama para syuhada', segala kebaikanku tertulis dalam Kitab 'Illiyyin dan terampunnya segala kejahatanku.

اللهم افتح لي في هذه الليلة باب كل خير فتحته لأحد من خلقك وأوليائك وأهل طاعتك ولا تسده عني، وأرزقني رزقا تغيثني به من رزقك الطيب الحلال.

Ya Allah bukakanlah bagiku pada malam ini pintu segala kebaikan yang telah Kau bukakan sebelumnya kepada salah satu makhlukMu atau salah seorang auliya'Mu (kekasihMu) serta para ahli yang taat kepadaMu, dan janganlah Kau tutupinya daripadaku, rezekikanlahku dengan dengan rezeki yang baik lagi halal yang mana dengannya membantuku ke arah kebaikan .

اللهم ما قسمت فى هذه الليلة المباركة من خير وعافية وصحة وسلامة وسعة رزق فاجعل لى منه نصيبا، وما أنزلت فيها من سوء وبلاء وشر وفتنة فاصرفه عني وعن جميع المسلمين.

Ya Allah segala apa yang telah Kau bahagikan di malam yang diberkati ini daripada kebaikan, keafiatan, kesihatan, keselamatan, dan keluasan rezeki, maka jadikanlahku sebahagian yang mendapatkan keberuntungan daripadanya. Sementara apa sahaja kejahatan, bala, keburukan, dan fitnah, maka jauhilahku daripadanya dan daripada seluruh kaum Muslimin.

اللهم ما كان فيها من ذكر وشكر فتقبله مني وأحسن قبوله، وما كان من تفريط وتقصير وتضييع فتجاوز عني بسعة رحمتك يا أرحم الرحمين.

Ya Allah segala apa sahaja (kebaikan amalku) yang padanya ada zikir dan syukurku, maka terimalah ianya daripadaku dengan sebaik-baik penerimaan. Segala apa yang terkurang dan cacat celanya pada diriku, maka ku pohonkan agar Kau melepaskanku dari azabMu dengan berkat keluasan rahmatMu wahai Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi.

اللهم تغمدني فيها بسابغ كرمك، واجعلني فيها من أوليائك، واجعلها لي خيرا من الدهر مع عظيم الأجر وكريم الذخر.

Ya Allah Engkau meliputiku dengan keluasan kepemurahanMu, maka pada itu (nikmat kepemurahanMu) jadikanlah aku sebahagian daripada kekasihMu, jadikanlah padanya satu kebaikan yang lebih baik daripada yang pernah ku dapatkan sepanjang usia ini dengan keagungan ganjaranMu dan kepemurahanMu.

اللهم لا تصرفني من هذه الليلة إلا بذنب مغفور، وسعي مشكور، وعمل متقبل مبرور، وتجارة لن تبور، وشفاء لما في الصدور، وتوبة خالصة لوجهك الكريم.

Ya Allah jangan Kau memalingkanku (mengeluarkanku) daripada malam ini melainkan dengan dosa-dosa yang terampun, usaha-usaha yang diterima, begitu juga amalan-amalan yang diqabulkan dengan sebaik-baik qabul yang sempurna, perniagaan yang tidak merugikan selamanya, penawar bagi segala yang ada di dalam dada, dan taubat yang ikhlas semata-mata keranaMu Zat yang Maha Mulia.

الَّلهُمَّ اجْعَلنِي وَأَهْلِي وَذُرِّيَّتِي وَالمُسْلِمِينَ جَمِيْعًا فِيْهَا مِن عُتَقَائِكَ مِنْ جَهَنَّمَ وَطُلَقَائِكَ مِنَ النَّار.

Ya Allah jadikanlah bagiku keluargaku, zuriat keturunanku, dan seluruh kaum Muslimin menjadi sebahagian daripada mereka yang dibebaskan daripada neraka Jahannam dan dilepaskan daripada api nerakaMu.

اللهم اجْعَلْنِي فِى هَذِه الَّليْلَةِ مِمَّن نَظَرْتَ إِلَيْهِ فَرَحِمْتَهُ وَسَمِعْتَ دُعَاءَهُ فَأَجَبْتَهُ.
11 views17:54
Open / Comment
2023-04-11 19:19:02 Shared using Adobe Acrobat Reader.
Get the app: https://adobeacrobat.app.link/Mhhs4GmNsxb
12 views16:19
Open / Comment
2023-04-11 19:15:18
Photo from Dr Sumayyah
12 views16:15
Open / Comment