🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

“KAU MASIH KERJA DENGAN KERAJAAN? BUATLAH BISNES MACAM AKU, KA | Your Branding & Marketing Strategist

“KAU MASIH KERJA DENGAN KERAJAAN? BUATLAH BISNES MACAM AKU, KAYA RAYA”
.
Wazzup founder! Assalamualaikum dan salam jumaat. Alhamdulillah hari ini dah masuk ramadhan yang ke 9. Hampir di penghujung fasa yang pertama iaitu fasa kerahmatan. Teruskan berdoa kepada Nya mencari kerahmatan dalam perniagaan korang.
.
Di akhir-akhir ini telah ramai saya jumpa mereka-mereka yang mempunyai harta lebih sedikit, sudah mula menunjuk dan berjalan mendongak langit. Menunjuk-menunjuk satu hal, yang paling teruk adalah bila mereka-mereka ini lupa dan bongkak akan siapa yang memberi semua kemewahan ini.
.
“Alaa hidupkan sekali, enjoy je laa..”
.
“Kan ustaz cakap harta tak boleh bawak mati, so kita perabihkan laa pastu show off sikit”
.
Bukankah kita diajar oleh agama untuk bersederhana dalam semua perkara. Dalam bersederhana ini dapat melahirkan rasa cukup, rasa syukur dan rasa diberkati segala apa yang dimiliki.
.
P/S: Harap ramadhan kali ini memberi keberkatan dalam bisnes korang dan hidup korang. Amin..