Get Mystery Box with random crypto!

[ Konjac : Ubat Kurus Atau Organik? ] . . Ramai yang bertanya | SkinnyByMe™

[ Konjac : Ubat Kurus Atau Organik? ]
.
.

Ramai yang bertanya berkenaan konjac. Adakah ia selamat diambil. Di sini kami sediakan sedikit review berkenaan kojac.
.

Konjac sejenis serat boleh larut yang bernama glucomannan atau konjac-mannan. Glucomannan tidak boleh dihadam dan diserap oleh badan manusia, glucomannan tidak memberikan kalori.
.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kelebihan glucomannan dalam membantu orang yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, obesiti, kencing manis (diabetes), tinggi kandungan kolesterol dalam darah, dan masalah untuk membuang air besar.
.

Pengambilan glucomannan, bersama-sama dengan diet rendah kalori, iaitu dengan membuat pilihan makanan yang sihat dan mengawal saiz porsi makanan, menghasilkan penurunan berat badan yang ketara dalam kalangan orang yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, terutamanya obesiti.
.

Keupayaan glucomannan dalam mempercepatkan rasa kenyang menjelaskan kebaikannya ini. Seperti yang dijelaskan di atas, kebolehan glucomannan menyerap air dengan banyak dan menjadi likat, menyebabkan makanan tinggal lebih lama di dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
.

Glucomannan juga boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah selepas makan. Kebolehan glucomannan untuk menyerap air dengan banyak dan menjadi likat mendatangkan banyak kelebihan.
.

Walau bagaimanapun, kawalan kuantiti dan masa pengambilan makanan yang berkarbohidrat dalam kalangan pesakit diabetes adalah masih dititikberatkan, untuk mendapatkan bacaan gula dalam darah yang normal.
.

Namun begitu, kebolehan glucomannan untuk menurunkan kandungan gula semasa berpuasa adalah masih belum dikenal pasti.
.

Sifat kelikatan glucomannan bukan sahaja dapat menurunkan penyerapan gula daripada makanan ke dalam darah, tetapi juga penyerapan kolesterol daripada makanan tersebut.
.

Seperti serat boleh larut yang lain, glucomannan juga membantu menyelesaikan masalah sembelit. Keupayaan glucomannan untuk memegang air membantu untuk melembutkan najis dan memudahkan proses untuk membuang air besar.
.

Meskipun begitu, selain daripada glucomannan, jenis serat boleh larut yang lain, seperti oats, guar gum, psyllium dan pectin, juga boleh menurunkan kandungan kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.
.
.
Kesan :

Ada kajian yang mengatakan bahawa pengambilan glucomannan boleh menyebabkan simptom seperti masalah kembung perut, ketidakselesaan perut, perut berasa penuh, dan cirit-birit. Namun begitu, simptom-simptom ini adalah sementara sahaja dan tidak dialami oleh semua orang.
.

Saranan :

Pengambilan konjac tiada masalah jika diambil secara sederhana dan bergilir-gilir dengan pemakanan biasa yang seimbang.

Pemakanan sihat dan senaman berterusan sangat penting dalam mengekalkan berat badan yang turun.

Pesakit diabetes yang kerap mengalami hipoglysemia perlu berhati-hati jika mengambil konjac kerana dibimbangi akan mengalami kejadian gula rendah akibat terlalu kurang kanji dalam makanan seharian.

Review yang dijalankan adalah berdasarkan kertas kajian terkini dan jika ada sebarang perubahan pada bentuk kajian di masa hadapan, review ini sudah tidak dapat digunapakai.

Terima Kasih.

RUJUKAN :

1. http://journals.cambridge.org/action/displayAbstract?fromPage=online&aid=1850340&fileId=S0007114507868528

2. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3892933/

3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3892933/

4. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3892933/

Credit Fb Page
DietFit Malaysia | 8 August 2016